Seperti yang dirancang, trip "Tertunda Admin" ini telah dapat dilangsungkan di lokasi Tuas Yan Selatan Melalui Pangkalan Nelayan Sungai Udang pada tarikh 6.10. 2018.
Seperti kebiasaan Bot Tekong Abang Lan disertai anggota yang tidak asing lagi bagi group kami iaitu Cikgu Niezam Balun, Cikgu Musa, Cikgu Tn. Hj Idris serta dua orang pendatang baharu dalam group iaitu Saudar Halim TEKUN dan Saudara Pian dari Slim River. Tekong dibantu oleh awak-awak Zurin yang sangat ringan tulang.
Biarpun masih dibayangi Monsun dan kejadian Tsuunami Palu, kami nekad dengan berpandukan ramalan cuaca yang dijangka baik pada hari tersebut. Alhamdulillah, cuaca sangat baik hingga ke petang.
Permainan kali ini tiada sedikitpun sapaan daripada Sang Tenggiri namun kami cukup berpuas hati dengan keramahan Sang Kuda. Kira " Pecah Tong" jugalah.
Sedang leka beraksi tiba-tiba dikejutkan oleh panggilan Kudinpuakajoran. Adik sepupu kami, Mohamad Nizam bin Saad dipanggil mengadap Ilahi. Tiada daya yang dapat dilakukan. Hanya doa dari kejauhan. Moga Roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Arwah disahkan menghadapi serangan jantung setelah ditemui tidak sedarkan diri di perkarangan rumah sewa beliau oleh jiran-jiran. Beliau merupakan adik bongsu kepada saudara kami, Mohamad Sani Saad dan Rosli Saad. Sangat rapat dengan kami dan sama-sama aktif dalam "perjuangan".
Jenazah dikebumikan selepas maghrib dan saya tidak sempat untuk berziarah kerana tiba agak lewat lebih kurang jam 2.00 pagi. Salam takziah untuk keluarga, semoga dapat bersabar dengan ketentuan Allah. Kepada keluarga saya mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat bersama-sama.Untuk arwah, mohon hadiahkan Al Fatihah.

Terima kasih kepada tekong, pembantu tekong, pemilik rumah tumpangan dan rakan-rakan group.
Jumpa lagi pada trip akan datang. Fishing 4all.T kasih.
Tq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan