Isnin, 31 Ogos 2009

Muhammad Safri Parit Hj Aman

Nama:Mohamad Safri b Said (Utoh)
Lokaliti :Parit Hj. Aman Bagan Serai
Umur:39 tahun
Pekerjaan: Pekerja Industri
Rekod tangkapan kelah: -
Rekod tangkapan ikan air tawar:Toman 6 kg (Sg. Kurau)
Rekod tangkapan ikan laut:Tenggiri dan Jenahak 9 kg
Koleksi joran:Shimano dan Shakespheer
Catatan:Pernah menjadikan memancing sebagai punca pendapatan tetap dengan hasil menjoran haruan mencecah 15kg sehari. Pernah juga menjelajah memburu tangkapan laut hingga ke Pulau Sayak.Menyedari ikan semakin sukar diperolehi akibat pelbagai aktiviti manusia, kini beliau beralih ke bidang industri sebagai mata pencarian utama.

Beraksi dengan kaloi Sg. Kurau, seberat 3 kg

Sabtu, 29 Ogos 2009

BAUNG TITI BINA PADANG LALANG BUKIT MERAH BAGAN SERAI

Pada 29 Ogos yang lalu saya dan adik (Halil Hushairi) meninjau sebuah lokasi iaitu Jambatan yang merentasi bahagian hulu Sungai Kurau, dikenali dengan nama TITI BINA PADANG LALANG, yang terletak tidak berapa jauh dari pekan Bukit Merah dan juga Bagan Serai, di utara negeri Perak.Lokasi ini pernah menjadi tempat memancing kami suatu ketika dahulu. Kebetulan sewaktu kami sampai, air Sungai Kurau agak besar, mungkin disebabkan hujan yang turun berpanjangan selama dua hari. Melihat suasana ketika itu sangkaan saya mungkin pertandingan memancing sedang diadakan, rupa-rupanya rakan-rakan joran sedang berpesta menjoran baung yang mungkin mudik untuk bertelur. Saya berada dilokasi sehingga malamnya dan turut berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan di situ.