Rabu, 30 Disember 2009

Jelawat Terakhir 2009 Selamat Datang 2010

29.12.2009 Pot Jelawat Sungai Cenderiang menjadi destinasi penutup saya untuk tahun 2009. Tiba di lokasi lebih kurang pukul 9.45 pagi. Malas untuk meredah lumpur saya lepak di tempat sahabat saya, Ustaz Dusuki kecundang pada minggu lalu.Beberapa detik berlalu, tiada apa-apa pergerakan. Saya mengambil kesempatan merayau-rayau sambil meneliti beberapa jenis tumbuhan yang mungkin mempunyai nilai perubatan.
Orang kampung saya memanggil nama tumbuhan ini pokok gelenggang. Gunanya untuk merawat beberapa jenis penyakit kulit. Caranya dicampur dengan kapur dan ditenyeh pada kulit yang terkena penyakit, seperti panau.
Ini pula jenis pokok yang saya tidak pasti namanya.

Lokasi terakhir saya.
Empat puluh minit kemudian seekor jelawat (terakhir 2009) didaratkan. 700g. Banax SG 4000.


Di tebing sebelah sana kelihatan dengan jelas seekor jelawat lebih kurang sekilo beratnya sedang meragut daun teberau.

Puas saya memujuknya untuk meragut umpan namun tidak dipedulikannya bahkan semakin galak timbul tenggelam bermain arus menunjukkan sisiknya yang berkilat.
Ini sahajalah rezeki saya pada hari itu.
Terung bulat yang ditanam di belakang rumah.
Hasil campuran tempoyak dari dusun,terung yang ditanam sendiri dan bahan lain, terciptalah masak tempoyak jelawat sungai Cenderiang hasil air tangan "Isteri Mithali"
Semoga 2010 rezeki lebih murah...

Isnin, 28 Disember 2009

Puaka Jelawat Belum Berakhir....

28.12.2009 sekali lagi menduga jelawat di Pot Puaka sungai Cenderiang. Setelah menghantar isteri ke SMK Sheikh Abdul Ghani Bidor, saya terus ke sana. Sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi. Melalui jalan yang agak becak mungkin disebabkan hujan lebat minggu lepas. Dari kesan yang saya lihat, air mungkin membanjiri kawasan tebing sungai. Saya terlepas peluang keemasan lantaran banyak hal yang berlaku sepanjang minggu itu. Antaranya menghadiri majlis kahwin sepupu dan menziarahi kematian dua anggota keluarga terdekat di kampung. Tidak kisahlah, jika sudah rezeki, air surut pun bisa menjoran.....sentapan pertama berlaku setelah setengah jam umpan dilontarkan namun jelawat dapat meloloskan diri.
Sentapan kedua membuahkan hasil, seekor jelawat terbesar buat musim ini dapat saya daratkan.

Untuk tatapan Tok Pawang di Labuan sana.
Mesen Banax SG 4000 dan joran puaka
Setengah jam kemudian jelawat kedua seberat 700g berjaya didaratkan

Sempat beraksi di hadapan rumah

Sedia untuk disiangkan.

Hasil pancingan jelawat sungai terbaik saya musim ini sebelum 2009 melabuhkan tabirnya. 1.7 kg.

Ahad, 27 Disember 2009

Ikan Kepar Asal Usul Nama Kampung Kami

Ikan kepar, itulah nama ikan yang berjaya dipancing oleh Abu Afaf ini. Mengikut cerita orang-orang terdahulu kampung kami (Kampung Sungai Kepar ) di ambil bersempena nama ikan ini. Nama lain bagi ikan ini ialah ikan patung. Rupanya mirip ikan puyu.

Setelah bertungkus lumus menyelenggarakan majlis perkahwinan sepupu kami semalam (26/12/2009) kami mengambil kesempatan melepaskan lelah memancing di tali air berhampiran sawah kami. Kami mulakan aktiviti agak lewat kerana paginya kami melakukan gerak kerja mengemas rumah sepupu kami yang mengadakan majlis kenduri kahwin itu. Kemudiannya kami ke kebun arwah abah untuk memungut rambutan dan cempedak yang sudah terlalu masak. Kami sampai di sini kira-kira pukul 6.15 petang setelah hujan yang turun tiba-tiba berhenti.
Di hujung tali air ini terdapat sebatang sungai yang dulunya menjadi lubuk ikan air tawar dan juga spesis reptilia seperti ular punti dan sawa. Dari penceritaan orang tua-tua buaya juga pernah kelihatan di situ.
Kudin orang pertama mendaratkan puyu.
Puyu kedua.
Haruan pula.
Terbul
Diikuti Sang Selat.
Haruan kedua oleh Kudin.
Masing-masing mempamerkan kehebatan.



Ada orang panggil lundu, ada kata anak kenyeng. Saya sendiri tidak pasti yang mana betul.


Puyu

Kami hanya sempat berada di lokasi lebih kurang 40 minit sebelum senja berlabuh. Rasa seperti tidak puas, namun itu sahajalah kesempatan yang kami ada. Malam nanti, kami bergegas ke destinasi bertugas masing-masing.


Inilah ikan yang kami pancing dan menjadi hidangan makan malam kami sekeluarga.