Rabu, 31 Mac 2010

Mangsa Terbaru Ali Berger

Sebelum ini amat sukar menjejaki sahabat kita ini di tebing sungai. Aktiviti rutin beliau adalah menggewang haruan, namun sejak kebelakangan ini Ali seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan tebing sungai. Aksi dirakamkan di tebing sungai Ulu Basir (U10) pada 25.03.2010 yang lalu. Menurut Ali kelabau ini seberat 1.6 kg.
Sumber: Cepoi @ Pak su

Resepi Pekasam Puan Mazlina

Pekasam Istimewa Puan Mazlina

Bahan-bahan:

Ikan sungai/ikan air tawar.

Asam keping

Garam

Gula merah/gula kabung/gula melaka

Asam jawa

Beras goreng


Cara-cara membuatnya:

Cuci ikan hingga bersih.Perap ikan dengan garam selama 2 atau 3 malam.Cuci semula ikan yang telah diperap hingga bersih.Kisar beras goreng sehingga halus.Sediakan air perahan asam jawa berserta gula merah,jangan terlalu pekat .Susun ikan didalam bekas yang kedap udara seperti balang. Selang seli dengan taburan beras goreng,asam keping.Masukkan air perahan asam jawa yang dibancuh dengan gula merah.Seterusnya perap ikan selama 5 atau 6 hari. Pastikan bekas bertutup kemas untuk mengelakkan lalat.Untuk mendapatkan ikan yang pejal,tambahkan garam manakala untuk pekasam yang gebu atau hancur, kurangkan garam.Selamat mencuba.


Catatan dengan izin – Puan Mazlina.


Selasa, 30 Mac 2010

Sepanjang Perjalanan ke Tuas Kecundang

Ketika rakan lain bertarung memunggah ikan di Tuas Yan, saya dan Panjang lepak santai di Tuas Kelabau Kampung Alah Batu. Bukan tidak teringin menyertai rakan-rakan ke sana tetapi terpaksa mengasingkan diri seketika lantaran tugas dan jadual rakan-rakan yang tidak kena pada masa senggang saya. Seperti kelaziman Tuas Kelabau Alah Batu seakan tidak serasi dengan saya. Berkali mencuba, hasilnya tetap sama, kecundang lagi.....tiada seekorpun kelabau yang berjaya saya jinakkan...

Pekan kecil Kuala Slim.
Jambatan Kuala Slim
Pintu Gerbang Kampung Alah Batu.Jalan menuju ke perkampungan orang asli.Perkampungan Orang Asli Kampung Cangkat Bintang
Jalan masuk ke lokasi menjoran-kebun getah
Pondok orang asli yang menempatkan sejenis alat menangkap ikan - bubu.

Kerana umpan yang tidak dijamah, apa lagi yang boleh dilakukan. Baring sahajalah mengadap langit....


Air yang terus mengalir tanpa jemu, begitulah juga hati ini akan terus menjoran tanpa jemu.....

Ini sahajalah bekalan untuk dibawa pulang....

Tuah Rakan Baru

Wan Pegawai, begitulah nama jolokan rakan baru kita yang khabarnya saban hari membodek dan memujuk Juragan Nizam untuk menjoran bersama. Pucuk dicita ulam mendatang begitulah halnya dengan Juragan. Pantang ada yang mengajak sudah pasti disahut ajakan itu. Hujung minggu yang lalu mereka menyusur sungai Ulu Basir bagi menjejak kelabau dan belida. Lihatlah aksi Cepoi @ Pak Su, Wan Pegawai dan Juragan Nizam di Tuas Kelabau Ulu Basir.




Air yang tenang dan damai menjadi habitat kelabau.
Merenung dan mencongak rezeki.
Juragan yang sudah sedia maklum lubuk kelabau dan belida.
Senyum ada makna tu...
Kan dah kata...kelabau pertama.
Anggaran 1.5 kg.
Kaloi pula menjadi mangsa.

Baung pun teringin makan umpan sawit.
Tilan pun ada.

Paksu pun beraksi juga dengan kelabau.

Kelabau 1.6 kg.
Sumber: Pak Su @ Cepoi

Isnin, 29 Mac 2010

Aksi Dalam Semak

Dalam perjalanan ke Ulu Basir, Pak Su @ Cepoi, Juragan Nizam dan sahabat baru, Wan Pegawai disergah oleh satu suara. Sebentar kemudian muncul kelibat Apoi dari celah rumpun teberau, pemancing tegar dengan seekor toman yang baru di daratkan. Seperti yang saya muatkan dalam paparan terdahulu, memang murah rezeki rakan kita ini. Ada sahaja ikan yang akan menjadi mangsanya jika turun ke sungai. Selepas ini ikan apa pula agaknya?

Ahad, 28 Mac 2010

Ali Berger Tegar di Tuas 6 B

Sahabat kita, Ali Berger yang pancingnya "terjun" ke dalam sungai beberapa minggu lalu masih tegar berulang ke pot kelah sungai 6B. Walaupun masih gagal menawan Sang Kelah, namun beliau berpuas hati dengan hasilnya. Lampam yang bersaiz sederhana.



Salah seorang sahabat (Man) berjaya menjinakkan kelah 6B.

Buat semangat. Ali beraksi dengan kelah 6B.

Lumayan juga hasilnya.
Sumber:Pak Su @ Cepoi.

Sabtu, 27 Mac 2010

Kelabau Tuas SKC

Rakan baru, Man Besout 3 dengan kelabau SKC. Beliau memperolehi kelabau ini lewat dua hari selepas saya dan Juragan Nizam kecundang di situ dalam misi memburu belida. Menurut Man kelabau tersebut beratnya 2 kg.

Sumber: Cepoi

Jumaat, 26 Mac 2010

Ralat Bukan Kelah

Dalam catatan saya hujung minggu lalu saya menyatakan berjaya memperolehi seekor kelah lesen, di sungai Tunjung, Gugusan Felcra Cangkat Sulaiman. Setelah saya amati rupa-rupanya bukan kelah sebaliknya tengas. Hampir tidak perasan saya. Begitulah jika sudah lama tidak memperolehi Sang Kelah, jadi tersasul pula. Tengas tersebut kini ditempatkan dalam akuarium milik saya. Keadaannya sudah kembali pulih setelah mengalami kecederaan yang agak parah akibat tusukan mata pancing.