Ahad, 31 Oktober 2010

Kelabau ke 18, 19 dan 20 Sesi 2010

Juragan Nizam Balun dan Kelabau ke 18 sesi 2010


Kelabau ke 19 / 2010Jajarkan ke Kiri

Kelabau ke 20 / 2010



Harap maaf, video kurang memuaskan. Convertor gagal berfungsi dengan baik. PC asal sedang diselenggara (format) akibat masalah teknikal (mungkin virus), kesemua program terpilih telah musnah.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Laporan Pertama Santai Joran Rakanpuakajoran 2010

Sebentar tadi terima laporan daripada saudara Halil. Beliau dan rakan-rakan baru sahaja menjejakkan kaki di pantai Segari. Ketika ini mereka sedang mencari lokasi yang sesuai untuk memasang khemah. Keadaan angin agak kencang. Semoga mereka sentiasa berhati-hati.

Khamis, 28 Oktober 2010

Aktiviti Santai Joran Rakanpuakajoran Perak Utara

Lokasi : Pantai Segari, Lumut, Perak.
Tarikh : 30 hingga 31 Oktober 2010.
Penyelaras : Saudara Faizal Idris dan Saudara Azman Harun.
Objektif: Santai Minda, Ukhuwah, Spiritual dan mental serta memperbanyakkan aktiviti sihat.
Bilangan penyertaan setakat ini : 30 peserta.

Tentatif Program:

30 Oktober 2010

10.00 am : Berkumpul di Dataran Cangkat Jering, Taklimat dan Sesi bergambar.
11.00 am : Memulakan perjalanan.
01.00 pm : Memasang Khemah, Solat Zuhur dan acara bebas.
04.30 pm : Solat Asar dan Persiapan BBQ
07.18 pm : Solat Maghrib dan Tazkirah.
08.15 pm : Solat Isyak dan makan malam (BBQ).
09.15 pm : Aktiviti menjoran - Pertandingan: "Candid Action" dan Hasil Tangkapan terbaik.

31 Oktober 2010

05.45 am : Persiapan diri,Solat Subuh dan tazkirah.
06.30 am : Santai, riadah dan sarapan.
10.00 am : Acara penutup dan berkemas.
11.00 am : Bergambar,Berangkat pulang.

* Tertakluk kepada pindaan.

Maklumat atau info terkini hubungi : Saudara Halil : 019 4956151

Selasa, 26 Oktober 2010

Mungkin Kelabau Terakhir Tahun Ini

Ahad 24 Oktober misi memburu kelabau. Seperti kebiasaan, turun berpasangan dengan Juragan Nizam. Pak Su @ Cepoi pula dalam misi "menyelam" di sungai Cenderiang bersama komplotnya.Tiada langsung dalam fikiran untuk memburu sepit biru. Joran yang dibawapun hanya untuk keperluan menjinakkan kelabau semata-mata.Lebih kurang 5 minit umpan dilontar, kelabau mula membuat getuan umpan namun kelabau agak licik pada hari ini, tidak mahu tertusuk mata pancing. Lebih kurang setengah jam di tuas ini Juragan Nizam berjaya mendaratkan seekor kelabau seberat 900g. Kami seterusnya bergegas menuju pot kelabau 2 lantaran air yang mula mengeruh disebabkan hujan lebat di Tanjung Malim pada hari sebelumnya. Agak sukar menjoran kelabau jika air keruh atau dalam. Kelabau galak menjamah umpan jika air jernih kemerah-merahan. Arus pasang surut juga memainkan peranan untuk menjoran kelabau.
Menanti sentapan kelabau.
Satu-satunya "jenggo" yang berjaya didaratkan.
Ustaz Sobri dan Pak Anjang juga turut menjoran pada hari itu.
Seorang nelayan kecil sedang mengemaskan "belat"
Tuas kelabau 2.
Kelabau yang saya daratkan.
Tuas kelabau. 3 ekor didaratkan disini. 3 lagi berjaya meloloskan diri setelah berlalu adengan tarik menarik.
Tiga ekor kelabau bersaiz mega telah didaratkan Juragan Nizam pada hari itu.
Kelabau seberat 900g, 1 kg dan 1.2 kg cukup untuk 3 kali hidangan tengah hari keluarga Juragan Nizam.

Tersalah Aura. Begitulah ungkapan yang bersesuaian diberikan pada saya minggu ini. Hanya seekor kelabau yang mampu didaratkan. Terlucut 2 walaupun sudah hampir ke tepian sampan. Kekerapan ragutan luar biasa pada hari itu....sungguh mengasyikkan. Kami beransur pulang pada pukul 6.00 petang kerana hujan lebat. Telahan kami, agar sukar menjoran kelabau selepas ini kerana musim hujan sudahpun bermula.Dalam perjalanan pulang berlaku sedikit masalah. Kipas bot tersangkut jaring dan patah. Dalam kehujanan, terpaksa berdayung menggunakan selipar yang disarungkan pada tangan untuk pulang ke pengkalan. Hujan semakin lebat.......

Paparan seterusnya, rakaman (video) aksi atau permainan dengan kelabauUlu Basir oleh Juragan Nizam.

Isnin, 25 Oktober 2010

Sepetang di Tali Air Pancur

Rakanpuakajoran Silverstone, Faizal sedang beraksi dengan lampam tali air Pancur, Bukit Merah.
Kasar juga hasilnya.
Lepaslah untuk lauk makan malam sekeluarga.
Hari beransur malam.
Mencukupi.Tidak perlu membeli ikan untuk esok.
Sumber: Halil dan Kudin Puakajoran.

Isteri Cikgu Nur Azmi Kemalangan

Khabarnya isteri kepada PK HEM SMK (F) Besout Cikgu Nor Azmi (ahli joran juga ni) kemalangan pada hari Sabtu yang lalu. Kereta yang dipandu oleh isteri beliau terlibat dalam perlanggaran di Bidor sewaktu dalam perjalanan pulang daripada menghantar anak pulang ke tempat belajar. Ketika itu hujan lebat. Keadaan isteri cikgu Nur Azmi dilaporkan agak parah, manakala seorang daripada anaknya patah kaki. Mereka kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Bainun Ipoh. Puakajoran dan sekutu berharap Cikgu Nur Azmi dapat bersabar dan semoga mereka yang terlibat dalam kemalangan itu dapat sembuh seperti sedia kala.
اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
Bererti:”Ya Allah!rahmatkanlah keatas penghulu kami,Muhammad,penawar hati yang berkesan dan pengubatnya, penyihat badan yang mujarab dan penyembuhnya, pertunjuk yang bersangatan menerangi pandangan pemikiran dan mencerahkannya, demikian jua, keatas ahli keluargannya dan para sahabatnya serta berkati dan sejahterakanlah.”
Cikgu Nur Azmi

Ahad, 24 Oktober 2010

Belida Sungai Ulu Basir

Saya paparkan terlebih dahulu gambar salah seorang rakan setugas, En. Rosli b. Saat. Gambar beliau dengan rakan-rakan ketika berkursus di Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar Enggor, Perak. Gambar ini dirakamkan pada tahun 1988. Ketika itu En. Rosli mewakili Felda Besout 3 ke Kursus Penternakan Ikan Air Tawar yang dianjurkan oleh Felda dengan kerjasama Jabatan Perikanan Perak.
Belida sejenis ikan sungai yang boleh membesar secara berterusan. Ikan ini juga tergolong dalam kumpulan yang agak cerdik dan sukar untuk ditewaskan. Bijak meloloskan diri daripada jaring dan pantas mencuri umpan yang dihulurkan pemancing. Pemancing perlu tangkas mengawal joran jika umpan mula diragut Sang Belida.

Lantaran itulah, ikan belida yang terdapat di sungai Ulu Basir dan sungai-sungai lain bersaiz besar. Ikan belida bisanya dibeli oleh pengusaha restoran Cina dengan harga RM 18/kg. Kebanyakan pengusaha restoran menggunakan isi ikan tersebut untuk dibuat bebola ikan atau "fish ball".

Gambar belida yang dipancing oleh Juragan Nizam dan Ustaz Sobri minggu lepas. Berat belida ini 1.8 kg.
Hanyir agaknya ikan ini sehinggakan Si Kecil menutup hidung.
* Terima kasih kepada anak-anak Ustaz Dusuki yang sudi menjadi model untuk paparan ini.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Tongsan Sungai SKC

Terima maklumat terkini daripada rakan-rakan. Tongsan bersaiz mega di daratkan di lubuk patin SKC. Untuk maklumat lanjut dapatkan laporan penuh http://renjersungai.blogspot.com/


Najib sedang beraksi dengan tongsan lubuk SKC.
P/s: Esok mesti turun menjoran.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sepit Biru Vs Baung

Lokasi: Sungai Kurau @ Sungai Gedung.
Pemancing : Shahrizal - Rakanpuaka Silverstone.
Tangkapan: Udang Galah, baung dan lampam.



Lampam dan baung juga menjadi habuan.

Pstinya sedap jika dimasak lemak cili api.

Sumber: Kudin n Halil Puakajoran

Udang Galah Tali Air Pancur Bukit Merah

Kembali menjengah rakan-rakan Puakajoran Silverston. Khabarnya begitu suka dengan hasil pancingan di tali air Pancur dan Ban pisang, Bukit Merah. Besar jugak sepit biru yang ditewaskan oleh Sdr. shahrizal ini.


Maklumat yang saya perolehi, pada 30 dan 31 Oktober ini rakan-rakan kita akan berkamping dan menjoran santai di Pantai Segari, Lumut. Sedang berlatih la tu agaknya untuk persediaan di Segari nanti.