Isnin, 29 November 2010

Bangau Petanda Hujan Lebat di Kawasan Laut

Kehadiran burung bangau dalam kawanan yang banyak dan sering berlegar-legar di kawasan daratan selalunya dikaitkan dengan musim hujan atau berlaku ribut di lautan oleh orang-orang tua dahulu. Saya rasa kebenarannya memang ada kerana terdapat kawanan bangau yang agak luar biasa di lokasi menjoran ini. Sebelum ini memang terdapat kumpulan burung bangau di sini tetapi tidaklah terlalu banyak seperti yang saya saksikan akhir-akhir ini. Orang orang tua dahulu memang hebat dan selalu berinteraksi dengan alam. Saya masih ingat kata-kata datuk dahulu, sekiranya hujan turun, ayam-ayam peliharaan menyelinap mencari perlindungan untuk berteduh, diramalkan hujan akan berhenti dalam masa yang singkat tetapi jika hujan turun dan ayam-ayam peliharaan masih leka mencari makanan, itu petanda hujan akan berlarutan dalam masa yang agak lama.

Sekumpulan bangau yang sempat saya rakamkan menggunakan kamera Digital Olympus FE-46 12 Mega Pixels.

Hinggap di pohon mati yang agak tinggi di seberang sungai tempat saya menjoran.





Ahad, 28 November 2010

Menjoran Perlu Kesabaran

Jumaat 26.11. Bersama-sama Rakanpuaka Felda Besout, saya mencuba nasib di kawasan lubuk jelawat sungai Cenderiang berhampiran Sungai Keruh. Kehadiran kami disambut dengan riak jelawat yang rancak menyambar sampah dan daun-daun kayu yang hanyut. Keadaan air agak besar dan sesuai untuk menjoran jelawat. Hampir setahun saya tidak ke situ. Lokasipun sudah berubah. Sungai sudah dikorek dan diluruskan manakala kawasan paya dan denai telah diratakan untuk penanaman sawit.Ketika kami sampai, hujan mulai turun. Agak lebat juga. Alang-alang sudah sampai, hujan atau tidak itu bukanlah perkara besar. Lagipun persalinan sudah disediakan sejak awal. Baru sahaja umpan dilabuhkan, tiba-tiba terdengar suara orang berbual-bual. Makin lama makin kuat dan muncullah sekumpulan manusia yang tidak faham bahasa orang menjoran. Kali ke 5 saya menerima nasib yang sama di lokasi tersebut. Sudahlah dihanyutkan mereka jaring, dipepahnya air dan dengan aksi terjunan lagi ke dalam sungai, walhal mereka nampak kami sedang menjoran. Apalah salahnya menjaring jauh dari kami. Sungai tersebut saya kira agak panjang juga. Tidak perlulah melalui kami yang sedang menjoran. Kerbaupun tahu, keadaan air besar dan agak keruh mana ada orang yang akan menghanyutkan pukat yang bersaiz mata tidak sampai 2 inci. Ikan kecil sudah naik ke tepi, kalau adapun seekor dua yang sesat. Hasilnya saya lihat tidak sampaipun lima ekor ikan yang mereka perolehi. Hanya kerja bodoh dan mengundang seranah orang menjoran.

Inilah satu-satunya jelawat seberat 900 g yang dapat ditumpaskan oleh Najib pada petang tersebut.Kunjungan pertamanya berhasil.



Pulang agak hampa setelah hampir sejam meredah jalan yang becak dan berlumpur.

Sabtu, 27 November 2010

Nyaris Kecundang di Tuas Jelawat

Isnin selepas sambutan Aidil Adha, berkunjung ke Tuas Jelawat sungai Cenderiang. Lokasi kali ini berhampiran perkampungan SMTD lebih kurang beberapa KM daripada pekan Kampar. Air amat cantik untuk menjoran jelawat. Kami tiba agak lewat dan hampir-hampir terlepas untuk beraksi.

Juragan Nizam sedang santai di tebing sungai.


Jelawat dan lampam yang sempat saya daratkan.


Terpaksa pulang kerana hari hampir gelap. Sempatlah beraksi lebih kurang 2 jam lebih. Belum puas...belum puas.

Khamis, 25 November 2010

Selamat Menduduki SPM

Puakajoran.blogspot.com mengucapkan selamat menduduki SPM kepada semua calon yang mengambil peperiksaan SPM 2010 terutama kepada rakan-rakan puakajoran Felda Besout. Semoga Maju Jaya.

Sabtu, 20 November 2010

Amokan Puaka Toman Bukit Merah Lake Town

Setelah kecundang pada Program Santai Joran Rakanpuaka Perak Utara di Segari beberapa minggu lalu, sebahagian rakanpuaka menjadikan Tasik Bukit Merah untuk melepaskan geram. Habuan mereka nampak menjadi. Aktiviti dilaksanakan sebelum Aidil Adha 1413H.Saksikan aksi-aksi mereka yang sempat saya paparkan. Sebarang makumat tentang lokasi menjoran toman hubungi saudara Halil Puakajoran.
Halil : Toman 1.7 kg (hari kedua)
Halil : Toman 2.5 kg dan 2.6 kg (Hari keempat)




Fizi Silver Stone : Toman 2.7 kg (Hari keempat)
Fizi : Toman 1.3 kg dan 2.5 kg.



Halil : Toman 3.8 kg (Hari kelima)
















Berumpankan puyu.

Mat Rock : Toman 4.1 kg (Hari keempat) Rekod setakat ini.


Mat rock : Toman 2 kg+++ (Hari ketiga)
Rudi : Toman 900 g dan 1.3 kg.