Selasa, 25 Januari 2011

Bengkel Golokkraf Diceroboh

Awal pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja saya dihubungi oleh Tok Kie pemilik bengkel Golokkraf. Hendak mengajak saya minum pagi katanya.Agak hairan saya kerana sebelum ini Tok Kie tidak pernah membuat panggilan pada awal pagi. Setelah waktu rehat lebih kurang pukul 10.45 pagi, saya dikunjungi oleh Tok Kie, rupa-rupanya bilik pameran tempat Tok Kie menyimpan golok dan parang yang telah siap tempahan pelanggan telah diceroboh. Kejadian disedari malam tadi sewaktu Tok Kie mahu mengambil golok tempahan salah seorang pelanggan. Lebih 25 bilah parang dan golok yang dianggarkan bernilai lebih RM 3000 .00 lesap daripada tempat simpanan. Laporan polis dibuat lewat petang tadi.Di sini saya paparkan gambar-gambar arkib sebahagian golok dan parang yang telah dicuri itu.

Golok Udang Dimakan Ikan - milik Tuan Pengurus Felda Gunung Besout 3 (gambar sebelum dibaik pulih)
Tiga bilah golok koleksi peribadi Tok Kie daripada bilah dan kayu terpilih.(sampel).
Koleksi yang paling disayangi Tok Kie.(hitam) Pernah ditawarkan dengan harga RM 500.00.
Salah satu koleksi sampel.
Tok Kie amat berharap golok-golok tersebut dapat dikembalikan kepadanya.

6 ulasan:

  1. Aduh! Kerja tangan yg mengambil masa untuk di ukir pun boleh kena curi,dosa besar si pencuri ni.

    BalasPadam
  2. kughang ajo betoi le pencughik nii...kalo dapat ni potong teghuih tangan dieee

    BalasPadam
  3. memang dah banyak kes macam nie, dari pemilik koleksi dan kedai...,

    BalasPadam
  4. moga cepat le kena tangkap org yg buat jahat ni. sayang betul brg2 berharga mcm ni. harap brg2nya pun dpt balik.

    BalasPadam
  5. melampau la dah tu.. mat karung guni da ramai berkeliaran skang nie.. kne bertindak nie..

    BalasPadam
  6. memang kurang asam betul la pencurik tuh!
    cari sampai dpt pastu kasi potong sama dia!

    recent post : |baju bundle haram ke???|

    BalasPadam