26 Februari 2011, Misi diteruskan miskipun rakan-rakan lain menarik diri di saat akhir kerana halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Hanya saya, Ustaz Dusuki dan Mat Trolak yang tegar untuk bertarung pada kali ini.Pukul 7.00 pagi kami bergerak meninggalkan Pengkalan Muara Setiakawan Sdn. Bhd. (Sitiawan) untuk ke lokasi.Berbekalkan udang hidup dan kembung segar untuk menjinakkan kertang dan jenahak.
Wak, Jurupandu atau Tekong yang tidak banyak karenah dan senang diajak berunding.Sesekali Ustaz Dusuki mengemudi motorbot.
Misi awal hanyalah pergerakan sekitar Setiawan dan Pangkor namun apabila sudah berada di lokasi, tergerak pula untuk meronda di sekitar Pulau Sembilan.
Tidak memberi peluang, Ustaz Dusuki mendaratkan hasil pertama. Bukan sahaja ikan, malah karang juga turut didaratkan .
Sehingga ke petang, tiada hasil yang dapat dibanggakan. Saiznya pun tidak seberapa. Tidak sampai 10 kg jika dikumpulkan kesemuanya.
Seperti yang dinyatakan oleh Wak (Tekong), Pulau sembilan yang dahulunya dikenali sebagai lubuk ikan kini semakin sunyi. Jumlah ikan yang didaratkan oleh kaki pancing semakin berkurangan. Hal ini disebabkan kegiatan memukat yang boleh dikatakan tidak terkawal. Jika dahulu, sekitar Tukun Perak sahaja sudah memadai untuk kegiatan santai dan memperolehi hasil yang agak lumayan oleh kaki pancing amatur seperti kami. Kini segalanya semakin sukar. Pihak berwajib perlulah melakukan sesuatu bagi mengembalikan lokasi ini seperti sediakala.