Sabtu, 19 Februari 2011

Mengimbau Kenangan Silam - Pantai Teluk Nipah Pangkor

Gambar ini dirakamkan sekitar awal tahun 90-an. Aktiviti santai joran dengan rakan-rakan seperjuangan di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Ketika itu suasana di sini amat damai dan tenang.Bebas daripada kehadiran ramai pengunjung. Amat sunyi dan sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda. Bloger Trolak Selatan, Sdr Ahmad Rafie tentunya ada ulasan menarik tentang gambar ini. Turut kelihatan di dalam gambar dari kiri Sdr Bakar, Sdr. Mustaffa Abdul Kadir, Bloger Ahmad Rafie (belakang), Sdr. Hamedan Aziz, Sdr. Ahmad Zaini Sulong dan saya. Juru Foto pada masa itu sdr. Man Satay. Andai dapat kuundurkan putaran dunia.... pastinya akan kuulangi berkunjung ke sini berkali-kali. Masih jelas terbayang di ruang mata kejernihan air dan anak-anak ikan kerapu sebesar tapak tangan bermain dicelahan batu.

3 ulasan: