Isnin, 21 Mac 2011

Bandar Arowana "Ditenggelami" Air

Pancur, Bukit Merah - Sebentar tadi dilaporkan kawasan sekitar Pancur, hingga ke Padang Lalang Bukit Merah atau lebih dikenali dengan jolokan Bandar Arowana telah dinaiki air. Menurut sumber , banjir secara tiba-tiba itu disebabkan hujan yang turun berlarutan sejak Jumaat lalu. Keadaan saliran yang tidak diselenggara dengan sempurna, disamping sesalur pelepasan air yang tidak cukup besar untuk menampung pelepasan air menyebabkan banjir. Selain itu kesan penambakan dan benteng konkrit yang dibina oleh pengusaha kolam arowana juga dikatakan menjadi salah satu sebab air tidak dapat mengalir dengan baik. Kediaman penduduk yang terletak di lokasi yang agak rendah rata-rata ditenggelami air.Situasi ini diburukkan lagi dengan pelepasan air daripada kolam Bukit Merah yang tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan. Pihak-pihak berwajib sedang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa yang terbabit dengan bencana tersebut. Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah - Kudin Puakajoran.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

4 ulasan:

  1. Nampak gaya boleh pancing arowan lepas ni.

    BalasPadam
  2. Harap-harap rumah nenek aku tak tenggelam.... Amin

    BalasPadam
  3. begitulah harga sebuah pembangunan yang perlu kita bayar ..

    jemput lihat entri kisah saya dalam alam pemancingan yang tak berapa tegar, di sini.

    http://al-lavendari.blogspot.com/2011/02/kisah-50-tahun-pemancing-tegar.html

    BalasPadam