Sabtu, 28 Mei 2011

Jom Menjoran - Menjoran Untuk Semua

Ketika ini mungkin masih berlangsung sebahagian lagi aktiviti  Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri semalam. Puakajoran.blogspot.com mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Belia kepada seluruh warga belia.Warnailah hari-hari anda dengan kegiatan yang berfaedah.

Menjoran dan meneroka alam boleh dijadikan salah satu aktiviti santai atau mengisi masa senggang. Jom menjoran....


Pulau Dayang Bunting.

 Pulau ?
 
 Gunung Jerai dilihat dari aras laut.
 

 Pengkalan Nelayan Kuala Dulang.
 Pondok telefon yang rosak dikumpulkan untuk dijadikan tukun.


Kepada belia seluruh negara, SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA.

Khamis, 26 Mei 2011

Pengkalan Nelayan Kuala Dulang

Merupakan salah satu pintu keluar nelayan dan "pelancong joran" untuk ke Tuas Yan, Kedah Darul Aman. Sentiasa sibuk pada awal pagi dengan kehadiran "pelancong" untuk aktiviti "sport fishing" lebih-lebih lagi ketika cuti umum. Petangnya pula pengkalan ini sekali lagi menjadi tumpuan dengan kepulangan "pelancong" dari tuas.








Rabu, 25 Mei 2011

Memburu Haruan Tasik

Setelah semalaman, puas mencandat sotong, siangnya kumpulan penjoran yang disertai Abu Afaf bersama-sama Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bergerak untuk misi memburu haruan tasik.

 
Kelihatan Tuan Guru  sedang mengenakan umpan,sambil dibantu oleh anak beliau.
 Abu afaf, sudah gila joran.
 
Kewajipan tidak terabai walau berada di mana jua.
 Sang Cermin yang sudi melahap umpan Abu Afaf.
Saya difahamkan mereka berjaya mendapat seekor haruan tasik yang agak besar dan tangkapan lain, namun dalam kekalutan melayan sentapan ikan, terlupa pula untuk bergambar.

Dalam perjalanan pulang ke Ulu Langat,sempat singgah di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan dan membeli pula sebuah bot. Hah....gila...gila..., Abu Afaf! Menjoran-menjoran juga, jangan ponteng kerja sudahlah..... Pulanglah ke kampung, kita ada misi di Kuala Terung sedikit masa nanti...... Kudin Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com sedang uruskan trip ke sana.

Isnin, 23 Mei 2011

Menjoran Bersama-sama Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang

Lebih kurang pukul 4.45 petang tadi terima sms daripada Abu Afaf (sekutu puakajoran).Katanya sudah bersedia untuk berlepas dari pengkalan Cendering untuk misi menjoran dan mencandat sotong di perairan Terengganu. Istimewanya, beliau dapat bersama-sama dengan Dato' Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Preseden PAS dan anggota lain seramai 11 orang. Patutlah tidak dapat dihubungi beberapa ketika setelah menyelesaikan misi bantuan kepada mangsa tanah runtuh di Ulu Langat kelmarin, rupa-rupanya sudah berlepas ke Terengganu untuk misi mencandat sotong. Selamat mencandat....

Kelihatan Abu Afaf (berkopiah) bergambar bersebelahan Dato Sri Tuan Guru.

Tuan Guru sejurus selepas bertolak dari pengkalan Cendering.
Tangkapan awal yang sempat diMMSkan.
Tahan ke Si Abu Afaf tu.....

Lauk sotong segar (upload terkini 05.32 am)

 * Paparan lain akan menyusul sekiranya mendapat makluman terkini dari Abu Afaf.

Ahad, 22 Mei 2011

Trip Tenggiri Tuas Yan 21.05.2011

Tepat pukul 5.00 petang Jumaat, kami bergerak dari kediaman ke Yan Kedah. Tiba di pekan Yan lebih kurang pukul 10.00 malam. Seperti biasa,disambut dengan mesra oleh Cikgu Mie.Lebih kurang pukul 11.00 malam setelah menikmati makan malam, kami bergerak ke Markisa Homestay untuk bermalam dan membuat sedikit persediaan untuk pertarungan esok.
Pukul 4.30 pagi kami mengatur langkah ke pengkalan. Setelah bersarapan dan membeli sedikit keperluan kami menaiki bot. Sekali lagi kami disambut dengan cuaca mendung sama seperti trip kami sebelumnya. Perjalanan tertangguh. Begitu juga kumpulan lain. Masing-masing berlabuh dan berlegar sekitar  pengkalan bot Sungai Dulang. Setelah cuaca agak cerah kumpulan bot yang berlabuh, beransur-ansur  menuju tuas.

Dalam perjalanan , kami  mencari sedikit umpan (sotong) untuk santapan kerapu. Agak kecewa kerana tiada seekorpun sotong yang dapat ditangkap.

 
Mega kembali bertandang.


Dengan tenang, tekong bot saudara Jan membelah ombak menuju destinasi. Tuas Wan Dulang. Beliau dibantu oleh Cikgu Mie (baju hitam merah) selaku awak-awak dan pemandu "pelancong".


Perjalanan kami disambut dengan hujan lebat. Basah kuyup kami. Laut agak bergelora ketika itu. Rakaman terhenti seketika.
 Sampai di tuas. Juraga Nizam bersedia melaksanakan misi.

Cikgu Mie membuat ikatan @ perambut.
Bro Wahab, bersedia menebus kehampaan pada misi yang lalu.

salah seorang rakan yang tewas.

Mat Trolak juga hampir tewas.
Sebuah lagi bot Wan Dulang membawa "pelancong" dari Kuala Lumpur.
Ketika ini tuas sedikit tenang berbanding pagi. Hujan juga telah sidang.

Kelihatan bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti menangkap ikan. Kegiatan mereka kadangkala menyebabkan ikan yang menghuni tuas lari meninggalkan tuas. Hasil tangkapan penjoran di tuas sedikit terjejas.
Walaupun ada kalangan rakan yang tewas, Bro Wahab masih bertahan melayan rembatan "Mat Rempit" dan banang. Ketika ini juga saya mendapat makluman daripada Abu Afaf yang tinggal di Ulu Langat tentang tragedi yang menimpa rumah anak-anak yatim dan kebajikan di Ulu Langat. Maklumat awal menyatakan lebih sepuloh penghuni rumah anak-anak yatim tersebut terkorban. Hati terasa sebak. Kami sempat menghadiahkan al fatihah untuk mengsa yang terkorban dan berharap ramai yang terselamat.

Tenggiri terakhir yang didaratkan pada hari tersebut.




Cikgu Mie, selepas mendaratkan tenggiri terakhir untuk trip ini

Ini sahaja hasil pada kali ini. Belitung @ golok @ mat rempit mendominasi misi kami. Tenggiri hanya 4 ekor. Itupun bersaiz sedang, kurang 3 kg seekor.
Puakajoran blogspot.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan seramai 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14,Ulu Langat yang terkorban. Al Fatihah kepada mangsa yang terkorban, semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.