Habis hati, Pakcik Rosli dapat beraksi dengan belida Ulu Basir seberat 4 kg ini. Belida ini didaratkan oleh sahabat joran, Ali Burger beberapa hari lalu. Dalam perjalanan pulang terserempak dengan Pakcik Rosli yang sedang menjoran atau "mengunjun" haruan. Sempat jugalah beliau beraksi.
Khabarnya udang galah sedang galak di sungai Bernam Ulu Basir.Rakan-rakan sedang asyik menjoran Sang Sepit Biru sejak beberapa minggu lalu. Saya belum berkesempatan untuk turut serta. Perkhidmatan bot juga disediakan berhampiran jambatan Muhibbah. Sewa RM 50/ hari. Kaki pancing yang berminat bolehlah berkunjung ke lokasi tersebut untuk menyewa bot yang disediakan di situ.



Salam bro;
BalasPadamUlu Basir kat na bro...???
Lama ngidam sepit biru nih...
Sempadan perak selangor...boleh ikut felda gunung besout sungkai atau melalui ulu selangor
BalasPadam