Ahad, 31 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 H

FADHILAT RAMADHAN 

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته
Ramadan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam sebuah hadis mafhumnya,"Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan."

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
3. Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
8. Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”.(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa:
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum-Hukum Puasa: 
1. Wajib
2. Sunat
3. Makruh
4. Haram

Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :
1. Puasa dalam bulan Sya’ban
2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4. Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
5. Puasa pada hari Isnin & Khamis
6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
7. Puasa satu hari berbuka satu hari
8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9.Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab.

Puasa Makruh :
1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2. Berpuasa sepanjang tahun.

Haram Berpuasa:
1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’banPuasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
3. Puasa perempuan haid & Nifas
4. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa.

Syarat-syarat Puasa:
1. Syarat-syarat wajib
2. Syarat-syarat sah

Syarat wajib berpuasa:
1. Islam
2. baligh
3. berakal
4. berupaya(sihat)
5. bermukim

Syarat Sah berpuasa:
1. Islam
2. Berakal
3. Bersih daripada haid & nifas sepanjang hari
4. Niat

Rukun Puasa:
1. Niat
2. Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa:
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah-faedah Berpuasa:
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa:
1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan.

Perkara makruh ketika berpuasa:
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa:
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan hubungan sex atau mengeluarkan mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid & nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa:
1. Musafir
2. Sakit
3. Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
4. Tua
(Puasa yang ditinggalkan wajib dikadha kecuali bagi orang-orang tua namun diwajibkan fidyah).
Keistimewaan Bulan Ramadhan:
1. Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
2. Allah merahmati orang yang mengimaninya
3. Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
4. Iblis dipenjarakan
5. Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar
6. Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
2. Menyambut Ramadan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
3. Hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga amalan secara konsisten.

Niat Puasa:
1. Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غدعن أداء فرض شهررمضان هذه سنة لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Lafaz niat puasa juga boleh dilakukan secara jamak sekalian bulan dan dilakukan pada malam pertama Ramadan.Lafaz niatnya:

نويت صوم فرض شهررمضان هذه سنة کلھ لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku berpuasa Fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini sekaliannya, kerana Allah Taala.

3. Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan:

نويت صوم غد فرض رمضان قضاء لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa:
اللهم لك صومت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa Ramadan:
Qada’ Puasa Ramadan Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadan atas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan:
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran Firman Allah Ta’ala:
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan:
1. Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
2. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah Puasa:
Kifarah Puasa Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah:
Fidyah Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.
Kadar Satu Cupak:
Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah:
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah:
1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Wallahhuaqlam...

Cincaluk, Perahan Limau dan Ikan Bakar Pembuka Selera Ramadhan

Cincaluk,cili api,bawang besar dan perahan limau. Kena pula dengan jelawat atau kelabau bakar, pastinya menyelerakan apabila dijadikan juadah berbuka.Sebenarnya topik ini bukanlah untuk melayan selera makan tetapi untuk berkongsi info tentang limau yang agak unik ini. Ini bukan limau madu atau limau manis. Bukan juga limau lemon.Limau ini mengeluarkan jus yang banyak lantaran saiznya yang besar. Boleh mencecah 300g sebiji jika bilangannya dihadkan. Rasanya seakan-akan limau nipis.Amat sesuai dibuat jus atau penambah perisa dalam masakan. Juga boleh dijadikan bahan pencuci untuk menghilangkan hanyir ikan. Uniknya, limau ini boleh dibiakkan melalui keratan batang tanpa ditut atau melalui proses cantuman. Maklumat lanjut di http://agrohias.blogspot.com/



* Cincaluk : http://www.malaysianfood.net/recipes/recipecincaluk.htm

Sabtu, 30 Julai 2011

Belimbing Buluh Ramuan Masakan Ikan Sungai

Tidak lengkap jika memasak ikan sungai tanpa memasukkan belimbing buluh.Gulai lemak cili api,asam pedas patin atau baung pastinya akan lebih lazat jika ditambah belimbing ini bersama-sama bunga kantan atau daun kesum. Ramadhan Mubarak akan menjelma tidak lama lagi, aktiviti di laut mungkin terhenti seketika namun tidak untuk aktiviti air tawar.Lambaian sungai Cenderiang dan sungai Ulu Basir seperti terbayang-bayang di ruang mata. Ayuh ke sungai kita....

Catatan lengkap di sini http://agrohias.blogspot.com/

Jumaat, 29 Julai 2011

DARI LENSA CANON A3000

AKTIVITI MEMANCING TUAS YAN 23/7/2011(BOT KEDUA) 
LOKASI: TUAS WAN DULANG.
GAMBAR DIRAKAMKAN OLEH MOHD ACHIK@KUDIN PUAKAJORAN.
SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI TUAS PADA 18.09.2011. 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. 
MARHABAN YA RAMADHAN!SEMOGA AMALAN DIBERKATI.







































































Makan Besar Kita.



SEHINGGA BERJUMPA LAGI DI TUAS PADA 18.09.2011. SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. MARHABAN YA RAMADHAN!

Khamis, 28 Julai 2011

Buah Randa

Pohon buah randa.Salah satu tanaman yang agak unik.Saya tidak pasti jika ada nama lain. Malas nak selongkar dalam internet. Cukuplah saya paparkan dengan nama yang biasa disebut oleh masyarakat setempat. Tumbuhan ini tergolong dalam kumpulan pohon renek dari suku sakat limau juga. Warna buahnya putih kemerah-merahan ketika muda dan bertukar menjadi merah apabila matang.Rasanya masam-masam kelat.Boleh dimakan mentah, dengan cara dicicah sedikit garam atau boleh juga dibuat jeruk atau halwa.
Maklumat lanjut :http://agrohias.blogspot.com/

Rabu, 27 Julai 2011

Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Bahagian 3 - Memunggah Hasil

Sikit sama dirasa.Hasil tangkapan dibahagi sesama rakan.Dipaparkan beberapa jenis ikan yang berjaya kami perolehi sepanjang Misi Tuas Yan 23 Julai yang lalu.




 Tenggiri.





 Cencaru dan ikan-ikan kecil.
 Banang.
 Jenahak.
 Kerapu.
 Talang.
 Cencaru.
 Belitung.




 Pelata.

 Cermin.
 Ikan pisang @ sardin jepun.
 Barat (Baked Jacket Fish).
 Belitung @ golok.



Agihan kurban. Sikit sama merasa.