Jumaat, 30 September 2011

Imbas Kembali

Mengimbas kembali saat-saat akhir Team Bersih 2.0 membuat persiapan sebelum berlepas ke Tuas Yan pada 18.9.2011 yang lalu.

Kedai Kun, Kedai Panel Rakanpuaka di Bagan Serai- Harga boleh runding.




 Banyak juga persiapan dan persediaan.Boleh digunakan untuk trip berikutnya.
 Petang sebelum berlepas.Sarat Toyota Avanza dengan keperluan termasuk hamper sumbangan ADUN.

 Restu keluarga....
 Cucur udang kucai buah tangan dari Mak Cik Som...
 Sejurus tiba di rumah cikgu Mie...Hj. Mazlan, Pak Dolah dan rakan-rakan lain telahpun tiba.


 

 Tempat penginapan Team Bersih 2.0 pada malam itu.
 Walaupun tewas...nanti kita datang lagi....Tuas Yan sentiasa menggamit...

Selasa, 27 September 2011

Makan Besar di Guar Chempedak

Gambar dirakamkan pada petang 18.09.2011 yang lalu, sejurus selepas pulang dari Tuas Yan.Walaupun tewas dan hasil yang diperolehi tidak seberapa, sekurang-kurangnya rakan-rakan (19 orang) dapat menjamu selera dengan hidangan tangkapan segar  yang diperolehi pada hari tersebut.Mewah juga dengan masakan tiga rasa 2 ekor tenggiri,2 ekor belitung, ikan merah dan alu-alu.Terima kasih kepada Pak Lah,rakan sepasukan yang sudi bekerjasama dengan tuan punya restoran menyiang dan membersihkan ikan.Masakan yang disediakanpun enak juga.



Isnin, 26 September 2011

Banjir Kilat di Trolak Pekan

Jumaat, 6 Mei, sekali lagi Trolak Pekan dilanda banjir kilat. Banjir terburuk pada tahun ini , setelah banjir besar yang melanda pada tahun 2008. Hujan yang turun berlarutan sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dan berhampiran sungai Trolak dilanda banjir. Kawasan-kawasan tersebut ialah sebahagian Kampung Kelah Baru, Felda Trolak Selatan, Kampung Batu 4 dan Trolak Pekan. Kuantiti air yang banyak dan turun secara mendadak, gagal ditampung alirannya oleh sungai Trolak walaupun kerja-kerja pendalaman dan pembersihan sungai baru sahaja dilaksanakan.Rumah Pengumpul Sumber Puakajoran Sdr. Saiful@Pak Su turut dinaiki air.Banyak juga peralatan yang tidak sempat diselamatkan.

Rakan-rakan membantu membersihkan rumah saudara Saiful sejurus selepas banjir surut.

Juragan Nizam turut serta.

Bahagian bilik yang masih digenangi air. Boleh ternak ikan keli.....
Ibu Pak Su....orang yang paling bimbang jika hujan lebat dan berlarutan.
Bahagian dapur.
Kelihatan takat air di dinding. Hampir ke paras ketiak Pak Su.



Menurut cakap-cakap penduduk setempat, kejadian banjir kilat yang kerap melanda kawasan ini sejak tahun 2008 disebabkan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan sekitar sini. Kesan pembangunan tersebut telah menyebabkan beberapa laluan air secara semula jadi telah tersekat. Kesannya, penduduk yang mendiami kawasan rendah mengalami banjir kilat. Ada juga penduduk yang menyatakan aliran air yang tidak terkawal disebabkan kerja-kerja pembalakan di beberapa lokasi, antaranya di kawasan Changkat Belanga dan beberapa lokasi lain. Apapun, segalanya sudah berlaku, tugas kita hanya menghadapi dan pihak-pihak yang berwajib pula cuba mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut agar penduduk yang mendiami kawasan rendah tidak dihantui fenomena banjir kilat setiap kali hujan lebat. Bukan sedikit harga yang perlu dibayar untuk mengejar kemajuan......

Khamis, 22 September 2011

Terima Kasih ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing

Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Hussin b. Hj.Din, ADUN N12, Selinsing dan YB Tuan Haji Ramli bin Hj.Tusin,ADUN N11 Gunung Semanggol yang sudi menyumbangkan beberapa hamper kepada peserta Trip Menjoran Tuas Yan Kohort ke 7 yang berlangsung pada 18.09.2011 yang lalu.Dalam amanat ringkas, kedua-dua ADUN mengingatkan para penjoran agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah melalui setiap amalan samada yang fardhu atau yang sunnah,disamping sentiasa berbuat baik sesama manusia. Kedua-dua YB juga memetik sepotong ayat dari surah al-hujerat yang menegaskan, bahawa salah satu tujuan manusia dijadikan adalah untuk saling kenal-mengenal antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan keturunan.
49:13
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.(akan keadaan dan amalan kamu).”

Selain itu, kedua-dua ADUN juga berharap agar kegiatan sihat ini dapat diteruskan dan boleh menarik minat semua golongan terutama golongan belia bagi mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti mencabar dan berfaedah.Juga sebagai medan berfikir serta mensyukuri nikmat Ilahi.
Kudin puakajoran selaku wakil kedua-dua ADUN menyampaikan sumbangan kepada wakil Puakajoran di Markisa Homestay.

Kumpulan Bersih 2.0 yang turut hadir bersama-sama Kudin puakajoran sedang beramah mesra dengan kumpulan Puakajoran dan Kumpulan Sekutu Puakajoran di Markisa Homestay pada malam sebelum berlepas ke Tuas
Sambil berbual-bual,turut berguru dengan Cikgu Mie.
Di hadapan Markisa Homestay setelah pulang dari Tuas.



Cikgu Mie,Pemenang kumpulan Sekutu Puakajoran sedang menerima hamper dari Kudinpuakajoran.

Juragan Nizam Balun, johan kumpulan Puakajoran.
 Kudinpuakajoran, johan kumpulan Bersih 2.0 menerima hamper daripada Juragan Nizam.
Antara tangkapan yang berjaya didaratkan.
Memotong hasil, sedikit sama merasa.
 "Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu secara umum; Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya".
surah Al-Anfal ayat 25

Selasa, 20 September 2011

Team Sekutu Puakajoran Beraksi Cemerlang

LAYARAN TUAS YAN BIJAK MELOLOSKAN DIRI
Team Sekutu Puakajoran yang dibarisi oleh Cikgu Mie,Haji Mazlan,Pak Dolah Sireh,Cikgu Osman Jaafar, Cikgu Ahmad Zahranai@Mat Bunga dan Pak Anjang beraksi cemerlang, waalaupun sambaran tenggiri bermula agak lewat namun mereka boleh tersenyum puas kerana dapat menewaskan 3 ekor tenggiri,seekor alu-alu,beberapa ekor merah,kerapu dan hampir 10 kg ikan lain.Aksi pertama dilakukan oleh Cikgu Mie berentap dengan seekor layaran Tuas Yan yang jarang-jarang hadir ke tuas.Walau bagaimanapun pendaratan sempurna gagal dilakukan  oleh Cikgu Mie. Setelah bertarung hampir 15 minit, Sang Layaran dapat meloloskan diri.Pertarungan tersebut tidak sempat dirakamkan.Aksi seterusnya dilakukan oleh cikgu Mie dengan seekor tenggiri bersaiz mega, hampir 7 kg.Diikuti seekor lagi bersaiz 4 kg. oleh tekong bot.Mat Bunga yang kali pertama berkunjung ke tuas, juga beraksi cemerlang kerana dapat menjinakkan seekor tenggiri bersaiz hampir 3.5 kg.Walupun berbekalkan kekili Daiwa BG 15 made in Thailand, terbukti bukan jenama yang menentukan tuah sebaliknya pengalaman,restu isteri dan sedikit tuah berjaya membuahkan hasil.Agak malang, tenggiri yang hampir tiba di permukaan air dipintas oleh alu-alu yang kemudiannya berjaya dipintas pula oleh "gancu tekong".Dua dalam 1.Haji Mazlan juga tidak kurang hebatnya, dapat menumpaskan seekor merah yang beratnya hampir 2 kg.Sepanjang pengetahuan saya Sang Merah jarang-jarang berkunjung ke sini, Sang Merah biasanya bermain di laut dalam.Keseluruhannya team ini berjaya menerima lebih 12 kali sentapan Sang Tenggiri namun hanya 3 ekor dapat ditumpaskan.

 Team Sekutu Puakajoran dan Team Bersih 2.0 sejurus tiba di pengkalan.



Juragan Nizam dan Pak Su @ Cepoi menyambut kedua-dua team pulang di pengkalan sambil mengucapkan tahniah.

Team Bersih 2.0 yang dibarisi oleh Kudin puakajoran,Saudara Ahmad Tan,Saudara Salleh,Saudara Kadri dan Saudara Harun Anas sedang berlepas. Percubaan pertama meneroka Tuas Yan.Ini kali kedua Kudin Puakajoran mencuba nasib di Tuas ini. Mereka juga gagal dalam missi percubaan ini namun tetap berpuas hati kerana dapat menimba pengalaman baru.Walaupun amatur,mereka berjaya juga menjinakkan cencaru,pelata dan ikan-ikan kecil lain menggunakan teknik bottom dan apollo sambil diberi tunjuk ajar oleh tekong bot.Team ini juga menerima beberapa kali sentapan tenggiri namun gagal menjinakkannya.

 Beraksi sejurus tiba di  Pengkalan Nelayan Kuala Dulang.

 












Pengalaman menarik dan berharga untuk dikenang.Pastinya terasa seakan Tuas Yan sedang menggamit kami kembali beraksi.