Khamis, 15 Disember 2011

Jika Takut Dilambung Ombak Usah Berumah Di tepian Pantai - Misi Penutup 2011

Walaupun menyedari keadaan laut yang bergelora dan tenggiri di luar musim namun atas dasar memenuhi hajat dan keinginan rakan yang tercicir pada misi yang lalu Cikgu Mie,Juragan Nizam Balun,Saudara Wahab dan pendatang baru Rakanpuakajoran saudara Jailani (Jai) meredah lautan yang bergelora untuk beraksi di tuas.Halangan pertama kami pada misi ini adalah kesukaran mendapatkan bekalan umpan segar.Ikan kembung yang biasanya diperoleh dengan harga sekitar RM 1.50/kg daripada nelayan tempatan meningkat kepada RM 12.00 sekilogram.Harga tidak menjadi soal jika bekalan boleh didapati.Setelah berurusan dengan cikgu Mie, umpan masih gagal didapati.Kami menjelajah dari satu pasar ke pasar menjual ikan dan akhirnya kami temui ikan kembung segar di pasar basah Bagan Serai.Ikan kembung segar berharga RM 10/kg manakala ikan mambung (borek) RM 13/kg.

Saudara Wahab,salah seorang rakan yang terlepas beraksi pada misi yang lalu.
Saudara Jailani, pendatang baru Rakanpuaka juga merupakan sepupu saudara wahab turut terlepas misi terdahulu.

Membuktikan kebolehan.Dalam keadaan gelora saudara wahab berjaya memujuk tenggiri menjamah umpan.
Saudara Jailani (Jai) mengambil peuang mendaratkan tenggiri yang dijinakkan saudara Wahab.
 Tenggiri akhirnya tewas.








Lesen Tuas Yan bagi saudara Wahab.

Tekong bot, saudara Nizam.Tenang dan sangat senang diajak berunding.
 Beraksi sebelum berlepas pulang.
Tidak banyak tangkapan yang kami perolehi lantaran alun yang berpanjangan,hanya seekor tenggiri sekitar 4kg, 12 ekor cencaru,6 ekor talang bersaiz sedang dan kecil,seekor anak kerapu dan ikan-ikan kecil yang lain.Terpaksa bertolak pulang sekitar jam 2.30 petang.Tidak dapat merakam peristiwa ketika beraksi kerana kami kebasahan dek simbahan ombak.Alun dan ombak yang menjadi-jadi menyebabkan perjalanan pulang mengambil masa yang agak lama, hampir 2 jam.Kami akan kembali lagi ke tuas setelah lautan menjadi tenang dan tenggiri kembali bermusim.Terima kasih kepada saudara Jai yang membiayai misi pada kali ini.Terima kasih juga kepada saudara Wan Dulang ,krew,cikgu Mie,pemilik-pemiik homestay yang banyak membantu dan memberi perkhidmatan kepada rakan-rakan penjoran dan Puakajoran.blogspot sepanjang tahun ini. Sedar tidak sedar sudah 10 misi kami untuk tahun 2011 di Tuas Yan.Juragan Nizam satu-satunya Rakanpuaka yang turut serta dalam semua misi tersebut.

Selasa, 13 Disember 2011

Tempahan Hidangan Kenduri,Jamuan Dan Majlis Keraian.

 D'NIE CATERING (HADI)

Sedia menerima tempahan hidangan untuk majlis kenduri,jamuan dan keraian sekitar Felda Gunung Besout,Bidor-Slim River.Harga Berpatutan. Maklumat lanjut hubungi  HADI 0135982577 - ANI 0134027289 .

Sabtu, 10 Disember 2011

Ucapan Takziah Kepada Saudara Mahathir Bin Abd Rahman Dan Keluarga

Puakajoran.blogspot.com merakamkan ucapan takziah kepada Saudara Mahathir bin Abd Rahman (gambar) dan keluarga atas kembalinya ayahanda beliau, Allahyarham Abdul Rahman (Pak Cik Man Kedah) ke Rahmatullah pada hari Sabtu bersamaan 10.12.2011.Semoga beliau dan keluarga dapat bersabar atas ketentuan Yang Esa dan dipanjatkan doa agar  roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para solihin. Amin.Al Fatihah.

Saudara Mahathir adalah salah seorang rakan dan sahabat Puakajoran dan juga salah seorang guru yang sedang bertugas di SMK Felda Besout, Sungkai.

Rabu, 7 Disember 2011

Trip 8.12.2011 Di tangguhkan

Penangan cuti sekolah.Ingatkan dapatlah "mengupdate" blog setiap hari sekurang-kurang sekali, rupa-rupanya masih terbeban dengan pelbagai tugasan rutin.Apapun segalanya masih ok.Trip 8 Disember ditangguhkan bukan disebabkan sibuk atau tugas yang tidak dapat dielakkan, sebaliknya ditangguhkan kepada 15 Disember 2011 kerana dijangkakan keadaan laut masih bergelora dan keadaan air yang tidak begitu baik.Sebagai "sajian mata" saya paparkan aksi rakan-rakan sekitar Trip Tuas Yan Kohort ke9/2011 yang lalu.Ahli-ahli yang terlibat dalam misi ini Juragan Nizam,Pak Su @ Cepoi,Amar,Tokan Cikgu Ikan,Lan Trolak,Bro Umar,Pak Dolah Sireh,Hj. Mazlan.Ustaz Sobri,Bro Baseran,Pendy Evo dan Cikgu Mie Kuala Dulang.Trip yang mencabar dan menyeronokkan...puas dilambung ombak.Harga ikan kembung umpan melonjak naik daripada Rm1.50 kepada Rm 10.00/kg.

 Persediaan persenjataan untuk bertarung.






 Bersedia untuk berlepas.



 ok ke x ok?







 Saat-saat menjemukan apabila ikan tidak mahu makan.



Kata Tekong,alun kuat yang menghasilkan buih putih salah satu sebab mengapa ikan tidak mahu menjamah umpan.


 Sedikit sama dirasa.


Tempat menginap baharu.Majhan Homestay.Markisa Homestay telah dihuni oleh pemiliknya yang sudah berpindah tugas di lokasi asal.Ustaz Azizan.

 Menikmati makan malam dengan hidangan tenggiri segar.



Selepas ini saya kira rakan-rakan puakajoran akan berkunjung ke Sea Lion Klang ataupun ke kolam keli Tronoh untuk mengisi masa lapang sehinggalah cuaca kembali tenang.