Ahad, 27 Januari 2013

Sepetang di Kolam Pancing Pandamaran

Paparan tertunda.Penghujung Disember 2012 - Sekian lama tidak beraktiviti hati bagaikan diamuk rindu.Bagi meredakan keinginan sempat berkejar ke kolam pancing Pandamaran dengan Juragan Nizam untuk bertemu sahabat-sahabat joran di sana. Saudara Amin dan rakan-rakan telah sedia menanti.Niat awal ingin sama-sama beraktiviti namun sedikit kelewatan telah membentur hasrat kami.Pertama kali ke lokasi, tersasul juga untuk mencari jalan.Apapun terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan joran yang tidak jemu melayan kami dan memberi panduan sehinggalah kami sampai ke destinasi.Sempat jugalah berinteraksi dengan sahabat-sahabat baru dan lama, hampir 10 orang yang kesemuanya berasal dari negeri kelahiran kami , Perak.

Aksi di Kolam Pancing Naga, Saudara Amin dengan kerapu harimau.Tangkapan ketiganya pada hari itu.

Kolam Naga, sentiasa menjanjikan hasil yang lumayan. Jika berminat bolehlah berkunjung ke sini. Bayaran dikenakan sebanyak RM 200 untuk 3 jam menjoran.Kebanyakan ikan bersaiz mega 2 kg ke atas.
 




Saudara Hafiz dan saudara Lan juga tidak ketinggalan beraksi.








 Jenahak juga terdapat di kolam ini.

Hasil tangkapan boleh dijual semula kepada pengusaha kolam dengan harga antara RM 24 - RM 30 sekilo gram. Jika bernasib baik ditambah dengan sedikit kepakaran, kaki pancing boleh memperolehi pendapatan yang agak lumayan.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat joran. Merasa jugalah jenahak dan kerapu harimau "Tiger" kolam pancing Pandamaran sebagai buah tangan.

Isnin, 21 Januari 2013

Misi Memburu Sang Sepit Biru

Misi memburu Sang Sepit Biru berlangsung seperti dirancang. Hasilnya tidak seperti yang diimpikan. Faktor cuaca mungkin jadi penyebab.Hujan turun mencurah-curah lewat petang. Pergerakan terhad. Air menjadi sejuk. Sang Sepit Biru kurang aktif.

 Suasana Bandar Teluk Intan pada maktu malam yang sempat dirakam.


 Bergerak meninggalkan lokasi kira-kira pukul 6.00 pagi. Hasil yang diperolehi sekitar 20 ekor.
 Pasti akan melkukan misi ulangan sekiranya tiada trip ke Yan seperti perancangan awal.

Khamis, 17 Januari 2013

Musim Sang Sepit Biru Menjelma Lagi

Seminggu dua ini rakan-rakan kaki pancing pastinya rancak berbual tentang musim Sang Sepit Biru. Mana- mana lokasi popular sekitar negeri Perak seperti sungai Bernam,Ulu Basir,Ujung Rintis,Batu 6,Batak Rabit,Sungai Tronoh,Sungai Perak,Sungai Matang (Kampung Dew),Sungai Kurau dan Sungai Krian pastinya dikunjungi ramai sahabat dan peminat udang galah.

Khabar terbaru dari rakan-rakan yang berkunjung ke lokasi-lokasi tersebut, sungai Matang (Kampung Dew) mencatatkan hasil tertinggi.Dalam jangka masa 2 hari mereka mampu mendaratkan hampir-hampir 20 kilogram udang. Sungai Bernam juga mencatat jumlahnya tangkapan yang baik. Dalam satu-satu sesi menjoran, rakan-rakan mampu mendaratkan lebih 4 kilogram udang.

Mengambil kesempatan pada musim ini,saya dan beberapa orang sahabat bercadang untuk ke lokasi yang belum dipastikan lagi pada malam hujung minggu ini. Trip akan dikendalikan oleh Saudara Jai salah seorang warga Proton dan bermastautin di Taman Bukit Slim. Saudara Jai anak jati Teluk Intan dan sebahagian besar usia remajanya dihabiskan dengan aktiviti "berikan" di sungai sekitar Teluk Intan.Musim udang dijangka berterusan sehingga awal April nanti.