Rabu, 27 Februari 2013

Geng Puaka Taman Bukit Slim Berjinak-jinak Ternak Ikan Keli

Dalam keghairahan menjoran, sesekali teringin juga untuk mengusahakan ternakan ikan keli. Apatah lagi permintaan terhadap ikan ini agak tinggi, tambahan pula salah seeorang sahabat menjalankan perniagaan pemerosesan ayam jadi dapatlah sedikit sebanyak bekalan makanan untuk ikan-ikan yang bakal  diternak.
Sebelum ini, kolam mini yang boleh menempatkan lebih 8000 benih ikan keli ini telahpun beroperasi namun atas faktor kesukaran mendapatkan bekalan makanan atau harga makanan ikan yang begitu tinggi menyebabkan pengusahanya, saudara  Jimmy berehat sebentar.
Sahabat Puaka Taman Bukit Slim sedang bersidang bagaimana untuk memanggang ayam..... (bukan bincang bagaimana melaksanakan ternakan ikan keli).
Mat Felda... salah seorang kaki tangan Pejabat Felda Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan melaksanakan misi yang lebih bersifat rekreasi ini sedang memanggang ayam sponsor daripada saudara Adi pengusaha ayam segar (bertopi).

Saudara Jai @ Zaimi Proton sedang menunjukkan pokok durian baka baik yang masih belum matang. (Lari dari tujuan asal... menternak keli)
Begitulah aksi rakan-rakan TBS.Sehingga kini benih-benih keli masih belum ditempatkan di kolam-kolam ini. Memberi ruang kepada rakan-rakan sibuk di tebing sungai dan juga memberi laluan kepada saudara Zai dan Jimmy yang bakal menerima ahli keluarga baru menjelang 2 Mac ini. Apapun semoga semuanya berjalan lancar....aktivi tetap diteruskan!

Isnin, 11 Februari 2013

Cikgu Abu Harith Hj. Ahmad Sungai Bakap Dalam Kenangan

 
 Allahyarham Abu Harith Hj. Ahmad (Cikgu Harith)

 Gambar keluarga 
 Keratan akhbar memaparkan ketokohan Allahyarham
 Gambar kenangan (Tokan) bersama-sama Allahyarham dan kakitangan SK Sri Besout, Sungkai sekitar tahun 1988/1989

Catatan Cikgu Muzahir (anak didik Allahyarham) SMK Shaikh Abdul Ghani, Bidor.

Pencarian yang panjang... berakhir dengan berita sedih di Sungai Bakap Pulau Pinang pada hari ini.

Kepada yang mengenali Allahyarham Cikgu ABU HARITH HJ AHMAD, sama-samalah kita hadiahkan al-Fatihah dan berdoa agar Allahyarham tenang di sana bersama orang-orang yang beramal soleh.

Allahyarham telah kembali ke Rahmatullah tanggal 13/09/2012 ketika berusia 55 tahun akibat paru-paru berair. Allahyarham telah meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja bersama 4 org anak berusia 3 hingga 11 tahun.

Kepada rakan-rakan dan bekas anak didik yang ingin menziarahi anak-anak Allahyarham di Kupang Kedah atau ingin memberikan sumbangan boleh berhubung dengan saudara Muzahir link http://www.facebook.com/mutzers terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya. Terimakasih. Al Fatihah.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
 SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT.

Nota: Allahyarham juga pernah menjadi calon pilihanraya kecil DUN Sungai Bakap pada tahun 1997. Dalam pilihan raya tersebut Calon BN, Lai Chew Hock, 32, seorang ahli perniagaan mendapat 5,010 undi untuk mengalahkan calon DAP, Goh Kheng Huat, 34, yang memperolehi 3,570 undi dan dua calon bebas.

Calon bebas, Abu Harith Ahmad mendapat 1,758 undi, manakala K Ganesh yang mengumumkan menarik diri daripada pertandingan tersebut memperolehi 26 undi dan kehilangan deposit. Jumlah undi rosak ialah 230 undi.

Pada akhir hayat, Allahyarham bergiat aktif dalam kemasyarakatan dan pernah menjadi Ketua Penaja menubuhkan cawangaan Sebuah parti politik di kawasan beliau.

Sabtu, 9 Februari 2013

Man Burger Tewaskan Patin 18 Kg Tasik YDP Slim River

Tidak ramai yang tahu tentang kewujudan patin mega yang menghuni tasik ini. Jika tahupun tidak ramai yang bernasib baik seperti Man Burger.Dua hari lepas seekor patin seberat 18 kg tewas di tangan Man Burger. Bukan kali pertama Sang Patin tewas tetapi inilah antara mangsa terbesar yang pernah ditewaskan Man di sini. Saya tidak begitu mengenalinya tetapi nama Man Burger sering menjadi bualan sahabat-sahabat joran sebagai kaki pancing tegar. Lokasi pancinganya tidaklah begitu jauh hanya sekitar Slim River hingga ke Kampung Alah Batu namun beliau sering memperolehi tangkapan bersaiz mega. Menurut sumber, bukan tidak berminat menjelajahi lokasi yang lebih jauh namun tugas Man sebagai peniaga membenturkan hasratnya. Lokasi perniagaan beliau berhadapan Restoran Sri Balun. Sesekali saya juga menjadi pelanggan Man Burger. Resepi Burger Man agak lain dari yang lain. Jika berpeluang berkongsi ilmu pancing, lokasi lubuk kelabau Alah Batu dan resepi umpan patin dari beliaupun baik juga.....

Info Tasik YDP


Tasik Y.D.P terletak di laluan lama (jalan persekutuan) antara Tanjung Malim ke Slim River. Jaraknya hanya lebih kurang 1.5 KM dari pekan Slim River dan berhadapan jalan masuk ke Kampung Balun.Bertentangan Tasik ini juga letaknya Pusat Khidmat ADUN Behrang dan Restoren Aluha.

Pada asalnya tasik ini merupakan sebuah lombong bijih yang telah ditinggalkan. 

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah membuat keputusan untuk membangunkan persekitaran dan tasik ini sebagai sebuah tempat rekreasi. 

MDTM telah membuat permohonan daripada kerajaan negeri untuk mewartakan kawasan lombong ini sebagai tempat rekreasi serta memohon peruntukan daripada kerajaan untuk membangunkannya.

Setelah mendapat kelulusan daripada kerajaan Negeri, kawasan  ini mula dibersihkan dan dibangunkan. 

Tasik ini kemudiannya diberi nama "Tasik Y.D.P".

Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk kegunaan orang ramai beriadah. Kemudahan yang disediakan dan panorama yang menarik membuatkan Tasik Y.D.P kini semakin dikenali.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan di tasik ini antaranya termasuklah Sambutan 25 tahun Jubli Perak MDTM,Kampen Menanam Pokok Peringkat Daerah dan Pertandingan Memancing.

Selasa, 5 Februari 2013

Patin Sungai Cenderiang

Sekian lama tidak berkunjung ke sungai Cenderiang tempat kebiasan menjoran jelawat, tiba-tiba teringin pulak ke lokasi. Bertemankan Ustaz Dusuki dengan menunggang motorsikal menyusuri lorong kebiasaan kami.Puas juga mencari jejak maklumlah sudah hampir setengah tahun tidak ke sini. Sedikit malang, di pertengahan jalan tayar motorsikal pancit, terpaksa menapak hampir 5 km sementara Ustaz Dusuki berpatah balik memperbaharui tayar motorsikal.

Tiba di lokasi agak lewat. Puas lontaran joran dilakukan namun kelibat jelawat tidak kelihatan seperti yang sudah-sudah.Walhal air sungai agak jernih dan tidak begitu dalam, amat sesuai untuk memancing jelawat.Sesekali kelihatan juga kocakan air namun tidak pasti apa jenis ikan yang menghuni sungai ketika itu.

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan joran Ustaz Dusuki direntap keras.Rupa-rupanya Sang Patin punya angkara. Berumpankan sawit potong Sang Patin tumpas di tangan Ustaz Dusuki.Biarpun anggarannya cuma 1 kg namun cukup bermakna kerana berjaya juga mendaratkan patin sungai.


 
  Sabar menanti, biarpun tewas kepada Ustaz Dusuki.


 

Sehingga ke akhirnya, saya gagal, usahkan mendaratkan patin anak lampampun tidak mahu menjamah umpan. Sudah kehilangan aura sungai agaknya.Sepanjang beraktiviti, spesis patin ini belum pernah mahu menjamah umpan saya. Malang sekali!