Rabu, 25 September 2013

Bekas MB Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak Meninggal Dunia

ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, 69, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah kira- kira 11.10 pagi tadi.

Allahyarham dilaporkan kritikal sejak awal pagi Rabu lalu selepas degupan jantungnya terhenti sebanyak dua kali.

Jenazah dijangka dikebumikan kira- kira 5.30 petang ini. - KOSMO!

Jumaat, 20 September 2013

22 September 2013 Misi Tuas Yan

Esok 21 September, 12 rakan pancing sekitar Ulu Langat dan KL akan berangkat ke Tuas Yan untuk aktiviti menjoran . Misi selenggaraan Abu Afaf akan singgah menjemput saya di Slim River seterusnya menjemput pula Juragan Nizam di Parit Buntar. Khabarnya persediaan telahpun dibuat dan diatur oleh Juragan Nizam dan Cikgu Mie. Misi Kali ini adalah yang pertama untuk saya pada tahun 2013. Rakan-rakan lain pula sebagai aktiviti santai stelah beraksi di Pulau Jarak, Perak pada bulan lepas. Harap-harap misi ini berhasil.Kami akan beraksi dalam 2 kumpulan pada 22 September nanti.




Isnin, 16 September 2013

Lagi Perkhabaran Duka Rakan Puaka Joran

Berita yang disahkan beberapa hari lalu oleh Rakan Puakajoran Tok Pawang Hamdi sendiri. Pada 31 Ogos yang lalu isteri tercinta telah kembali ke rahmatullah akibat kenser.Khabarnya juga allahyarham baru sahaja menimang cahaya mata dua bulan yang lalu.Saya dimaklumkan oleh Tok Kie Golokkraf akan berita tersebut pada 31 Ogos yang lalu namun gagal mendapat maklumat sebenar kerana saudara Hamdi gagal dihubungi.Ketika itu saudara Hamdi mungkin sibuk dengan urusan pengebumian dan urusan keluarga di Limbang.



Bagi pihak rakan-rakan kami harapkan saudara Hamdi dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi.Semoga arwah mendapat rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Amin.

Alfatihah.

Jumaat, 6 September 2013

Alfatihah, Cikgu Osman Jaafar Rakanpuakajoran Kembali ke Rahmatullah


Al Fatihah!Sabtu 7 September 2013.Setelah koma hampir dua hari, akhirnya sahabat kita cikgu Osman Jaafar 43 telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.15 pagi sebentar tadi. Jenazahnya akan dibawa pulang ke Kampung Sungai Dara, Tanjung Malim untuk disemadikan. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada keluarganya kami harapkan dapat bersabar dengan ketentuan Ilahi.

Tokan: Sesungguhnya kami (rakan-rakan puakajoran) kehilangan seorang sahabat yang amat senang didampingi serta berwajah tenang dalam apa jua situasi.Kami amat merindui saat-saat suka dan duka sepanjang merentas batas waktu dan usia di daerah terpencil ini bersama-sama. Alfatihah....

Berita dari Web SMK F Besout



Al-Fatihah Buat Cikgu Othman Bin Jaafar

Category: Berita
Created on Monday, 09 September 2013Written by Haji Ismail Haji Yahaya
othmanjaafar
Seorang tenaga pengajar SMK Felda Besout, Cikgu Othman Bin Jaafar telah kembali ke rahmatullah pada pagi Sabtu, 7 September 2013 jam 2.15 pagi di Hospital Slim River. Beliau telah dikejarkan ke Hospital Slim River pada pagi Khamis, 5 September lalu setelah mengadu sakit kepala.

Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada sebelah petang dan dibawa kembali ke Hospital SR pada malamnya. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Sir Othman di kalangan para pelajarnya telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Slim River selama dua hari.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak. Jenazahnya telah dibawa ke kampung halamannya di Kampung Sungai Dara, Ulu Slim dan dikebumikan di tanah perkuburan di kampung tersebut. Rakan-rakan rapat dan sejawat di SMK Felda Besout turut serta bersembahyang jenazah dan membantu menyempurnakan majlis pengkebumiannya.
Semoga segala amal ibadat dan kebajikan beliau diterima Allah SWT dan di tempatkan beliau bersama orang-orang soleh di akhirat kelak.
 

Khamis, 5 September 2013

Cikgu Osman Jaafar Dalam Keadaan Kritikal,


 Kenangan,Cikgu Osman Jaafar sewaktu menyertai Misi Tuas Yan Kohort ke 3/2011

Info terkini, keadaan cikgu Osman Jaafar masih tidak berubah. Setelah pemeriksaan dilakukan oleh doktor pakar hospital Tuanku Bainun, Ipoh lewat petang tadi disahkan bahawa keadaan kesihatan beliau kritikal. Terdapat kerosakan pada salah satu pembuluh utama di bahagian otak. Kini beliau telah dikembalikan dan di tempatkan di hospital Daerah Slim River. Sahabat-sahabat dan saudara mara yang ingin berziarah dan mendoakan beliau bolehlah berkunjung ke Wad 10 aras 5 hospital Daerah Slim River. Sehingga pukul 11.00 malam tadi ramai kalangan sahabat dan saudara mara sudahpun berkunjung dan mendoakan beliau.

Rabu, 4 September 2013

Doakan Sahabat, Cikgu Osman Jaafar

 Kenangan,Cikgu Osman Jaafar sewaktu menyertai Misi Tuas Yan Kohort ke 3/2011

Mohon rakan-rakan puakajoran dan sahabat mendoakan kesihatan salah seorang rakan yang menerima ujian. Pada pukul 9.00 pagi tadi Cikgu Osman Jaafar, salah seorang rakan Puakajoran yang berlokaliti di SMK (F) Besout tidak sedarkan diri. Setelah menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Kecil Felda Gunung Besout, beliau disyaki terkena "stroke". Menurut sumber, sehingga catatan ini dibuat beliau masih belum sedarkan diri.Kini beliau ditempatkan di wad kecemasan Hospital Daerah Slim River dan akan dibawa ke Hospital Besar Ipoh (Tuanku Bainun) untuk pemeriksaan lanjut.Doakan untuk beliau agar sembuh seperti sediakala.

http://puakajoran.blogspot.com/