Khamis, 31 Oktober 2013

Kaki Pancing Temui Mayat Bayi Ketika Cari Umpan


KUCHING 31 Okt. - Hasrat seorang kaki pancing mencari umpan terbantut selepas dia menemui mayat seorang bayi perempuan terapung di tebing Sungai Sarawak di sini hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui berhampiran sebuah jambatan tidak jauh dari Pelabuhan Sim Kheng Hong, Pending pukul 11.15 pagi ini.

Zuel Sammy, 20, berkata, pada mulanya dia menyangka objek terapung itu adalah sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai.

"Setelah didekati dan diamati, barulah saya sedar objek itu adalah mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya," katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN .

Selasa, 29 Oktober 2013

Cabaran Pancing November 2013


Cabaran  Pancing Seri Bayu Tekala, Semenyih 3 November


Lokasi : Seri Bayu Tekala, Semenyih, Selangor.
Tarikh: 3/11/2013.
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang.
Bayaran/yuran : RM 100 / joran.
Hadiah :  Pertama : RM 46,000, Kedua: 13,000, Ketiga : RM 6,000 , Lain-lain hadiah cabutan bertuah (50).

CABARAN MALAM MINGGU (KOLAM 1)

Tarikh : 2/11/2013.
Masa : 10.00 malam - 2.00 pagi.
Yuran : RM 30/joran.
Hadiah: Pertama :RM 2,200 Kedua : RM 900 dan 25 hadiah saguhati.

Daftar/pancang : Sabtu 5.00 ptg.

Lain-lain info:

Jelajah Joran 2 Kuala Lumpur di Tasik Metropolitan 9 November

Cabaran Memancing Arowana 6767 di Taman Tema Darulaman Jitra, Kedah 9 dan 10 November

Pertandingan Pancing A'Famosa Melaka 10 November


Khamis, 24 Oktober 2013

Menjoran Malam, Ok Jugak!

Mengimbau semula aktiviti yang telah lama ditinggalkan, menjoran malam. Saya kira hasilnya lumayan juga namun lokasinya agak terhad dan mungkin sedikit berisiko.Apa tidaknya,terpaksa menjadi penunggu jambatan-jambatan yang strategik dan sungai yang menjadi laluan ikan mudik dan menghilir. Keselamatan pemancing terdedah pada bahaya kenderaan yang lalu lalang, juga terdedah pada bahaya didatangi penjenayah sekiranya memancing secara berseorangan di lokasi yang sunyi dan terpencil.

Malam tadi bersama-sama Odi, menyusur laluan hingga ke Malim Nawar. Singgah di beberapa jambatan kecil sekitar situ dan hasilnya..... Ok juga!





Rabu, 23 Oktober 2013

Sesekali Turun Juga Menjoran Jelawat


Hari minggu lepas ponteng kuliah. Tak puas hati sebab kena pergi kursus dalam mood Aidil Adha sebelumnya. Sudah lama juga tidak beraksi lantaran musim kemarau dan panas yang berlarutan sejak sebelum Aidil Fitri dulu. Jangkaan  hujan yang berlarutan pada minggu Aidil Adha hingga kini akan menyebabkan air besar dan jelawat mudik. Bergegas jugalah dengan sahabat joran, Ustaz Dusuki dan Penddy @ Mat Ipoh untuk mencuba nasib. Lokasi, biasalah sungai Cenderiang. Hasilnya, hanya ini... Sekadar pemanas sahabat-sahabat yang liat untuk turun beraksi... Tidak sempatpun nak 'snap' jelawat yang tewas di tangan sahabat-sahabat lain. Hujan turun mencurah-curah!