Isnin, 30 November 2015

Selamat Pengantin Baharu Saudara Abral dan Ustaz Amirul Hamzah

Pada 29 November 2015 berlangsunglah dua majlis resepsi perkahwinan dua rakan Puakajoran. Seorang di Utara negeri Perak dan seorang lagi di Selatan negeri Perak.

Biarpun tidak semua rakan dapat memenuhi kedua-dua undangan namun majlis berlangsung dengan meriah.

Tahniah diucapkan kepada saudara Abral yang melangsungkan perkahwinannya di Kampung Tua, Gunong Semanggol dan Ustaz Amirul Hamzah di Felda Gunung Besout 2, Sungkai.

Doa kami agar kedua-dua pasangan dapat menjalani kehidupan berumah tangga dengan aman dan harmoni, diberkati, dilimpahkan rahmat dan rezeki berpanjangan.

Ustaz Amirul dan pasangan.


 Rakan joran dan rakan sekerja yang turut memeriahkan majlis.

Gambar bawah, saudara Abral dan pasangan.



Harapan kami, semoga perjuangan di samudra biru tidak ternoktah di sini,

Udang Galah Teluk Intan

Dah lama tidak mengupdate blog ini. Bagaimana hendak dimulakan? Saya paparkan dahulu trip-trip menjoran yang masih saya ingatai. Untuk koleksi dan ingatan suka-suka sahaja. Sesungguhnya aktiviti menjoran tidak pernah terhenti biarpun catatan pada blog agak sunyi.

Paparan tertunda ini adalah antara aktivi yang berlangsung pada bulan Oktober 2015 yang lalu. Bersama-sama dengan cikgu Nizam, Saudara Rozaimi kami menyusur Sungai Perak sekitar bandar Teluk Intan. Tidak banyak hasilnya . Sekadar ini sahajalah untuk setiap orang.

Ahad, 29 November 2015

Menjala di Sungai Kinta

Musim hujan yang berlangsung ketika ini membuatkan ikan mudik mengikut arus dan limpahan sungai. Makanan yang banyak membuatkan ikan sukar menjamah umpan pancing. Sebagai cara untuk tidak pulang dengan tangan kosong, jala terpaksa ditebar.