Isnin, 27 Jun 2016

Santai Ramadhan Dengan Tekong Bang Din di Pulau Bidan

Sesekali merasa berbuka dan bersahur di samudra seronok juga. Kali ini kami kembali menjelajah peraiar sekitar Pulau Bidan. Tekong yang tidak asing lagi, bang Din.

Kami seramai 5 orang bersedia dan bertolak sekitar jam 4.30 petang setelah bersedia dengan juadah dan bekalan untuk berbuka dan bersahur.

Saudara Fendy Evo, cikgu Hasnusi selaku pendatang baharu, cikgu Wahidan, cikgu Nizam dan saya amat teruja kerana inilah pengalaman pertama berbuka dan bersahur di samudra sambil beraktiviti.

Sebelum berbuka, kami sempat melayan ikan-ikan kecil seperti anak-anak tetanda dan gerut-gerut sehinggakan tanpa kami sedari umpan udang hidup yang kami bawa licin.

Malamnya satu kesukaran yang kami alami. Amat payah untuk mencari sotong hidup. Kami kecewa yang teramat. Ikan pula amat lahap menjamah umpan. Paginya kami pulang agak awal dengan dendam untuk kembali lagi.

Bang Din boleh dihubungi di talian 019 4323703.















Sabtu, 4 Jun 2016

Trip Santai Pungut Ikan Kecil Untuk Sambut Puasa Dengan Tekong Pak Jab

4 Jun 2016 berkelana lagi meredah samudra melalui Pengkalan Kuala Sangga dengan Tekong Pak Jab. Tekong Baharu bagi kami. Pak Jab seorang pesara tentera. Terbaik.

Seperti kelaziman kami berlima saudara Ody, cikgu Nizam, cikgu Jaafar Rozidi, abang kepada cikgu Jaafar Rozidi dan saya. Tidak jemu membau laut.