Khamis, 27 Oktober 2016

Trip Sponsor Man Bayan di Kuala Gula

Trip Sabtu 22.10 di Kuala Gula mendapat sponsor daripada Man bayan dan En. Nan.Boleh tahan juga hasilnya.Lebih 20 ekor ikan merah kami daratkan  pada saat-saat akhir.

Terima kasih tidak terhingga kepada Man Bayan , tok pawang Hamdi Zakaria Ishak Is Puat Besout dan semua yg mnjayakan trip. Maaf atas segala kekurangan.

Terima kasih Tekong Nazri yang bersusah payah mendapatkan tekong gantian bagi bot yang tekongnya mungkir janji pada saat-saat akhir. 

Kami memohon kemaafan kepada rakan-rakan PTS yang terpaksa menanti lama untuk mendapatkan tekong gantian.Segala kesulitan amat dikesali. 

Trip berikutnya mungkin pada 6.11 di lokasi yang sama sebelum kami bergerak pada 12.11 kembali ke Tuas Selatan dengan bot Tekong Idan Azmi Insya Allah.













Terima kasih kepada saudara Mat Tan yang sudi menyediakan tempat penginapan untuk kami.

Selasa, 11 Oktober 2016

Trip Rakan-rakan di Kuala Gula Mewah Dengan Ikan Merah

Minggu berikutnya 8.10.2016 giliran rakan-rakan sebelah Utara melabuhkan umpan. Pilihan tarikh mereka tepat. Ustaz Eby, Pak su Umaq dan rakan-rakan cukup berpuas hati dengan tangkapan mereka.





Isnin, 3 Oktober 2016

Trip Kuala Gula Ganti Trip Tuas Dengan Tekong Idan Azmi dan Tekong Pak Jab Pada 2 Oktober 2016 Batal

Menurut maklumat Jabatan Kaji Cuaca keadaan laut yang gelora dan angin kencang pada tarikh itu. Situasi tersebut menjadikan rakan -rakan gusar dan cemas. Kelompongan tarikh itu menyebabkan kami beralih arah ke Kuala Gula. Hasilnya tidak menggalakkan kerana aie besar.Terima kasih Tekong Nazri.