7.12.2016 sekali lagi kami buat gerakan secara berkumpulan.Port jangan tanya. Bukan tidak mahu beri tahu tapi macam biasalah. Sudah tahupun tetap tanya juga.
Beberapa rakan turut sama kemping pada kali ini. Sebelah malam cikgu Nizam, Pawang Hamdi dan saudara Lan Dresa sempat mendaratkan sejumlah jelawat. Lebih kurang 14 ekor.
Saya ambil kesempatan pada waktu siang.Biarpun tiada jelawat mega (atas 1.5kg).Yang penting happy.
Terima kasih Anakrawa Balun dan tuan Nurul Hafiz Mat Arof sudi datang dari jauh bawa ketam, cencaru dan tenggiri.
Tok pawang Hamdi Zakaria dan cikgu Nizam hero malam. Siangnya milik Saifulimans Cepoi rezeki lama tak turun mancing.
Terbaik,upah pemandu pelancung cukuplah 1.2 kg jelawat tewas di lokasi kegemaran Encik Rusdi . Siapa suruh dia pergi melancong ke China???
Esok kita ushar Kuala Gula pula.
kalu tk mau kongsi pot..sok sendiri je lew blog ni..mati segan hidup tk mahu..ki ki ki
BalasPadam