Ahad, 25 Disember 2016

Trip Penutup 2016 Melalui Pengkalan Teluk Bayu

Biar semua kena, semua rasa. Begitulah niat kami rakan-rakan Pj. Jika boleh semua tekong kami nak rasa.

Sebagai terip penutup kami memilih tekong Paid melalui pengkalan Chalet Terapung Teluk Bayu pula. Tidak jauh dari Pantai Merdeka.

Ombak agak ganas pada kali ini. Tekong muda ini begitu agresif membelah ombak sehinggakan dua batang joran rakan baharu kami rosak akibat dihempap tong ikan yang melambung angkara ombak yang mengganas.

Alhamdulillah, mahu juga dua ekor tenggiri memamah umpan kami.6 mamahan lain kecundang. Sang tenggiri berjaya meloloskan diri.

Tertutuplah sudah trip pada tahun ini. Terima kasih rakan-rakan Puakajoran dan tekong tuas Teluk Bayu.

Mesin masuk kotak.Jumpa lagi pada tahun hadapan. 8 Januari 2017 InsyaAllah.














Rabu, 21 Disember 2016

Trip Tukun Perak Yang Tidak Kesampaian

17,18 dan 19 Desember yang malang. Hajat untuk ke Tukun Perak melalui penkalan bot Teluk Bahang terhalang oleh faktor cuaca. 

Sebagai ganti, kami berlegar-legar sekitar Kapal Karam dan Kapal Rusia.

Laut gelora terutama pada waktu malam. Mahu tidak mahu kami menjoran jugalah sekadar yang termampu.

Trip dikira sebagai trip santai dengan rakan-rakan Langat. 

T kasih semua yang menjayakan trip bro Zaidi Harun, Abd Wahid Zainol Abidin, Muhd Syahrir, Anakrawa Balun dan lain-lain.

Kita set lain tahun depan. Jangan serik.


























Jumaat, 9 Disember 2016

Senangin Kuala Gula


Seperti yang dirancang 9.12.2016 kami tiba di Kuala Gula. Kali ini kami berempat cikgu Nizam @ Anakrawa Balun, saudara Shahrul Nizam dan cikgu Hasnusi. 

Agak kecewa jugalah kerana kami hanya mendapat khidmat tekong gantian.

Apapun kami berpuas hati dengan 5 ekor merah, 3 siakap putih dan beberapa ekor tetanda.





Rabu, 7 Disember 2016

Kemping sambil Ushar Jelawat Tronoh Part 2

7.12.2016 sekali lagi kami buat gerakan secara berkumpulan.Port jangan tanya. Bukan tidak mahu beri tahu tapi macam biasalah. Sudah tahupun tetap tanya juga.

Beberapa rakan turut sama kemping pada kali ini. Sebelah malam cikgu Nizam, Pawang Hamdi dan saudara Lan Dresa sempat mendaratkan sejumlah jelawat. Lebih kurang 14 ekor. 

Saya ambil kesempatan pada waktu siang.Biarpun tiada jelawat mega (atas 1.5kg).Yang penting happy. 

Terima kasih Anakrawa Balun dan tuan Nurul Hafiz Mat Arof sudi datang dari jauh bawa ketam, cencaru dan tenggiri. 

Tok pawang Hamdi Zakaria dan cikgu Nizam hero malam. Siangnya milik Saifulimans Cepoi rezeki lama tak turun mancing. 

Terbaik,upah pemandu pelancung cukuplah 1.2 kg jelawat tewas di lokasi kegemaran Encik Rusdi . Siapa suruh dia pergi melancong ke China???

Esok kita ushar Kuala Gula pula.