Jumaat, 24 Mac 2017

Santai Jigging Pulau Sembilan Dengan Tekong Mat Rafie

Agak lama jugaa tidak beraktiviti dengan Tekong Mat Rafie. 22.3.2017 ada sedikit ruang. Pawang Hamdi, Tn Lan Dresa, Cikgu Nizam,Tuan Sahak Canai dan saya kembali meneroka ke Pulau 9.

Cuaca baik tapi angin agak kuat. Berbekalkan sedikit pengalaman dan peralatan yang ala kadar kami mudik melalui Pengkalan Nelayan Permatang Pasir, Manjung. Tekong Mat Rafie, Tekong Faizal antara tekong tersohor di situ.

Secara peribadi ini merupakan kali ke 3 saya beraktivi menggunakan khidmat Tekong Mat Rafie. Sebelum ini kami hanya menggunakan bot2 kecil dari Muara Setiawan untuk meneroka perairan situ.

Agak kekok menggunakan peralatan jigging namun menjadi kapakaran kepada tekong. Tidak hairanlah jika beliau yang mendominasi pertarungan. Cikgu Nizam, Pawang Hamdi juga hebat. Sesekali tersangkut juga ikan pada penjoran selebihnya.

Talang Raya, spesis yang banyak mendiami peraiaranPulau Sembilan. Sesekali GT, kerapu dan cencaru kuda.

Biarpun tidak banyak hasil tetapi kami berpuas hati dengan perkhidmatan tekong Mat Rafie. Tangkapan juga memuaskan. Tidak banyak tetapi saiz agak besar.

Terima kasih yang menjayakan trip "baju baru". Semoga dapat kita ulang beraktiviti di sini. Tekong Mat Rapie : 0194972256.

















Selasa, 21 Mac 2017

Sekali - sekala Santai di Kuala Gula

Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri. Baik juga sekali-sekala di tempat sendiri. 

Apapun sudah menjadi  lumrah kehidupan penjoran, ingin merasa kelainan di tempat orang dan gerak tari penghuni lautnya. Jika boleh ingin merasa kesemuanya.

Sekali-sekala santai di tempat sendirilah. Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba,pastikan mendapat maklumat yang betul, jika salah tarikh alamat ikan duri dan gelamalah yang bermaharajalela.

Rakan-rakan Bidor, sekuatu Puakajoran.blogspot.my di Kuala Gula.









Isnin, 13 Mac 2017

Tuas Teluk Bayu Kami Datang Lagi

Berputus asa tiada. Sekali membau aroma laut pasti kami ulang lagi. Ini misi kedua bersama-sama Tekong Paed Tuas Teluk Bayu.

Pada kali ini trip kami disertai oleh anggota yang tidak boleh tiada, cikgu Nizam Balun, Cikgu Musa, Cikgu Hasnusi, Pawang Hamdi, saya dan pendatang baharu En. Ishak yang mula berjinak dengan pancingan laut.

Biarpun hasil tak seberapa namun teruja juga dengan kehadiran ikan telinga gajah.