Rabu, 24 Mei 2017

Sepintas Lalu Trip Bagan Tengkorak, Bagan Nakhoda Omar, Kuala Gula, Karang Taiping dan Kuala Kedah Pada 20 dan 21 Mei 2017

Assalamualaikum rakan-rakan penjoran dan sidang pembaca sekalian. Selamat menantikan kehadiran Ramadan al mubarak.

Pada kesempatan ini,ingin saya membuat sedikit sorotan tentang trip rakan-rakan yang berlangsung pada 20,21 dan 22 May yang lalu. Aktiviti besar-besaran oleh rakan-rakan Puakajoran.blogspot.my sebelum kehadiran Ramadan.

Berikut saya paparkan catatan trip joran ke Bagan Tengkorak yang disediakan oleh Ust. Warhead salah seorang rakan puakajoran yang menyertai misi di perairan Selangor.

Lewat malam 19 Mei 2017 group joran "Langat Angler" sekutu puakajoran selamat tiba di Tanjung Karang dan menginap di homestay milik saudara Mustafa rakan karib saudara Mat Jan Sulong (khalifah langat angler).

Barisan penjoran tegar dianggotai oleh Sdr Mat Jan sulong,Saudara.Zaidi(co ordinator),Sdr.Ayem Ibrahim Dusuntua),Ustaz Warhead,Tok Zul,Sdr JMA(Jeffi Mat Amin),Sdr.Shahril,Sdr.Imran (mat jan jr),Sdr.Abdullah dan Sdr Razief

Setelah tiba di lokasi kami sempat berehat dan tidur nyenyak di homestay yang selesa sehinggalah menjelang subuh.

Usai solat subuh kami bergerak menuju jeti Bangan Tengkorak.Dalam perjalanan, kami singgah mengisi perut di sebuah restoran.Sekadar sekeping roti telur dan segelas teh tarik.Pemangkin xpdc dengan penuh pengharapan.

Tiba di jeti tepat jam 8.00 Jangkaan kami untuk bertolak dari jeti seawal mungkin melesat kerana air belum pasang secukupnya. Situasi tersebut melengahkan bot begerak menuju ke destinasi pemancingan.

Hampir jam 11.00 pagi, setelah semua kelengkapan dimuatkan ke dalam boat kami bersedia untuk di bawa ke daerah baru xpdc.Meredah samudera melestarikan erti sebuah mesin pancing yang dahaga tarikan ikan berskala besar.

Tekong melakukan pemeriksaan akhir bot bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Sementara itu, saudara Razief (warga bangladesh) sahabat karib Zaidi volcar tidak jemu jemu mengabadikan bidikan bidikan foto bersama rakan-rakan di sekitar jeti dan di dalam bot.

Malang tidak berbau,dalam kelekaan mata kami menjamah keindahan dalaman bot yang rapi tiba tiba saudara razief terjatuh ke dalam bilik enjin yang menggamamkan seluruh peserta dan tekong. Semua mata tertumpu pada lubang laluan masuk ke bilik enjen. Saudara razief dibawa naik dalam keadaan yang mendebarkan kami. Semua mata tertancap pada sosok tubuhnya.

Razief bagaikan tidak tertahan dengan kesakitan yang dialami. Walau tiada luka serius tapi kesakitan bahagian pinggang dan kaki agak membimbangkan. Kami adakan mesyuarat tergempar dan keputusannya, razief dibawa ke klinik oleh saudara Zaidi. Sdr Razief terpaksa direhatkan dan menarik diri dari xpdc joran kali ini. Beliau di tempatkan di klinik sambil menunggu dijemput oleh isterinya dari kuala lumpur. 

Kami teruskn perjalanan dengan kekurangan seorang anggota. Ibarat pertemuan kedah dan pahang dalam piala FA 11 pemain tinggal 10. Mengaku kalah sebelum berjuang pantang sekali . 

Kami teruskan juga misi joran walau hati masih tergamam dan ruang lohong rumah enjen itu sentiasa menjadi igauan ngeri.

Tepat jam 1.00pm kami mula melontarkan kail ke dasar lautan berkedalaman sekitar 52 meter. Cuaca cukup baik cerah, angin nyaman mengiringi pemancingan kami. Kami beraktiviti dengan dengan riang sekali walaupun hasilnya gelama. Agak besarz saiznya dan di selang seli dengan grut-grut bersaiz sederhana.

Suasana begitu membawa ke senja hari dan aktiviti menjoran diteruskan. Menjelang malam cuaca tetap menyebelahi kami. Awal malam gelama dan grut-grut lunak ditewaskan merembes sedikit rasa kecewa rakan-rakan. 

Menjelang tengah malam ada rakan-rakan yang mula berangsur ke kasur peraduan. Namun menjelang jam 1.00 am suasana dihamun gempita teriakan jenahak!.kerapu!..Ikan besar dah mari. Suasana seronok dan teruja itu membawa jarum jam ke angka 5 dan suasana kembali hambar.

Syukur Alhamdulillah. Sahabat yang ditimpa musibah beransur pulih. Kami terima berita gembira itu sejurus tiba di daratan pada 22 Mei yang lalu..

Berikut dipaparkan hasil yang sempat kami perolehi sepanjang berekspidisi di Perairan bagan Tengkorak. Terbaik sahabat-sahabat "Langat Angler."















Pada tanggal yang sama 20.5.2017 satu lagi kumpulan yang di kemudi Rakanpuakajoran Dr. Daud Derwin Sepiri mengintai lokasi berhampiran kumpulan 1 Group Langat Angler.

Kumpulan beliau dibarisi oleh rakan-rakan tegar sekitar Kampar, Perak. Berlepas melalui Pengkalan Bagan Nakhoda Omar, Sungai Besar, Selangor. 

Misi mereka ialah menduga perairan Selangor itu melalui kaedah "Slow Jigging".Trip dikendalikan tekong berpengalaman Kapten Chai.

Tempoh satu hari di perairan Selangor itu amat mengujakan Dr. Daud dan rakan-rakan. Hal itu juga amat menarik perhatian saya untuk turut beraksi di situ pada satu hari nanti.

Sudah tentu akan ada misi ulangan selepas Aidil Fitri nanti.

Tahniah Dr. Daud dan rakan-rakan.Saksikan aksi dan hasil pendaratan mereka.








Di Kuala Gula pula tidak ketinggalan wakil kita. Walaupun keadaan perairan sebelah utara tidak begitu stabil kerana tiupan bayu Barat Daya yang berlarutan hampir seminggu namun situasi tersebut tidak mematahkan semangan satu lagi sekutu Puakajoran.blogspot.my.

Rakanpuakajoran En. Sharul SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor bersama-sama rakan sekolah mencuba nasib entah yang ke berapa kali di daerah tersebut.

Misi mereka hampir kecundang namun kepakaran tekong Nazri membuahkan hasil yang agak lumayan. Saksikan mangsa yang mereka bawa pulang.



Ke utara lagi saya bersama-sama Tok Pawang Hamdi, Sdr Sahak, Sdr Ody TBS serta Cikgu Nizam santai sekejap di kaki jambatan Kuala Kurau ke Kuala Gula. 

Hasrat kami mahu rehat sekejap sahaja mengutip siakap tepian sangkar sebelum berlepas ke Pulau Kendi, Unjam seterusnya ke Karangan Taiping. Misi kami ialah jigging sepenuhnya bersama-sama tekong Pak Su Nibung.

Angin bertiup kencang seolah-olah tiada noktah. Hati kami dibadai resah. Kami hilang tumpuan. Penjoran-penjoran lainpun resah. Siakap tidak mahu langsung menyambut pelbagai teknik yang kami gayakan.

Seharian kami di situ. Hanya 2 ekor kaci dan seekor anak kerapu yang terpanggil menjamah umpan kami. Kami tewas.

Menjelng pukul 4.00 petang terima panggilan dari Pak Su Nibung. Tripnya hari itu gagal. Angin begitu kencang. Beliau mencadangkan agar trip kami esoknya 21.5.2017 ditangguhkan. Kami terdiam. Setelah bermesyuarat, akhirnya kami akur. Bukan rezeki kami untuk beraksi.

Bukan sahaja "membangau" di kaki jambatan bahkan  hati kami turut berkocak hebat lantaran misi karang Taipeng yang tertangguh. Mungkin selepas Aidil Fitri. Satu jangka masa yang amat jauh dirasakan.




Di utara, cikgu Azmi juga rakanpuakajoran berseronok dengan tekong-tekong Kuala Kedah memunggah hasl termasuk spesis yang jarang-jarang di temui. Antaranya Sang Merah.Rezeki mereka tatkala Bayu Barat Daya melanda. Tahniah rakan-rakan yang menjayakan trip masing-masing. Terima kasih sudi berkongsi catatan.








Sebelum Syaaban melangkah pergi kemaafan saya pohonkan daripada sidang pembaca seandainya terdapat cacat cela, terlanjur bicara sepanjang saya mengendalikan pojok ini.

Moga-moga Ramadan kali ini memberikan banyak keberkatan kepada kita.

Terakhirnya, sebagai peringatan untuk kita semua berlandaskan coretan dan pengalaman rakan-rakan, ada baiknya kita sentiasa beringat-ingat sebelum melaksanakan sesuatu misi.

Langkah-langkah berikut bolehlah dijadkan panduan.

1. Lantik seorang ketua kumpulan/trip. Adakan taklimat keselamatan dan doa.
2. Jaket kesalamatan perlu dipakai,terutama ketika ombak kuat dan waktu malam.
3. Sentiasa memakai kasut atau alas kaki agar mata kail tidak tercucuk pada kaki.
4. Jangan memancing berseorangan terutama pada waktu malam.
5. Sentiasa berhubung dengan sahabat ke mana kita nak pergi seperti tandas, mandi, pergi ke deck dan lain.
6. Jerit jika ada kecemasan
7. Sentiasa perhatikan sekeliling dan beringat pada sebarang kemungkinan yang boleh mengundang  resiko.
8. Sentiasa mematuhi arahan ketua yang dilantik.
9. Jaga kebersihan tempat dan peralatan.
10. Pastikan membawa ubatan dan first aid kit
11. Bekalan makanan yang secukupnya dan lebihkan bekalan air.

Moga-moga perjalanan kita akan selamat pergi dan balik pada setiap aktiviti yang disertai:

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. FISHING 4 ALL - Tokanpuakajoran 25.5.2017.

Trip berikutnya: Trip Ramadan al mubarak pada 1.6.2017 dan 3.6.2017.

Isnin, 15 Mei 2017

Perutusan Hari Guru Puakajoran 2017

Guru Pembina Negara Bangsa

( Salah seorang rakan guru, En. Musa bin Saat )

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Rakan-rakan sekalian,

Terlebih dahulu maafkan saya. Kita semua merupakan guru. Secara langsung ataupun tidak. Saya adalah salah seorang yang sering beranggapan tidak begitu penting sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru diagung-agungkan. 

Kerana apa? Kerana kita telah diajar supaya mendoakan ibu, bapa dan guru-guru setiap masa setiap ketika sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat. 

Bagi kita, golongan yang disebutkan tadi merupakan insan yang sangat istimewa dan perlu dihormati serta dipatuhi. Bukan pada hari-hari tertentu sahaja bahkan setiap ketika.

Meskipun begitu, bersempena 16 Mei yang diraikan pada setiap tahun, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik terutama guru-guru kita dan guru-guru saya yang pernah nama merekasaya upaparkan pada "posting" terdahulu.

Walau di mana mereka berada,biarpun sekelumit ilmu yang dirembeskan, mereka adalah guru dan patut dihargai.

"Wahai Tuhan kami! Ampunilah dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami, para pemimpin kami, guru - guru kami, saudara-mara kami, orang-orang yang berbuat baik kepada kami, dan seluruh umat Islam."
"Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kesejahteraan dalam agama, dunia dan akhirat, keafiatan jasad, kesehatan badan, tambahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datang maut, rahmat pada saat datang maut, dan ampunan setelah datang maut. Wahai Allah! Permudahlah kami dalam menghadapi sakratul maut, (berilah kami) keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada saat dilaksanakan hisab." 


Dari Jabir bin Abdillah Al Anshary, ia berkata, “Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرْوُفٌ فَلْيُجْزِئْهُ، فَإِنْ لَمْ يُجْزِئْهُ فَلْيُثْنِ عَلَيْهِ؛ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ، وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ، وَمَنْ تَحَلَّى بَمَا لَمْ يُعْطَ، فَكَأَنَّمَا لَبِسَ ثَوْبَيْ زُوْرٍ

“Sesiapa yang memperoleh kebaikan dari orang lain, hendaknya dia membalasnya. Jika tidak menemukan sesuatu untuk membalasnya, hendaklah dia memuji orang tersebut, karena jika dia memujinya maka dia telah mensyukurinya. Jika dia menyembunyikannya, berarti dia telah mengingkari kebaikannya. Seseorang yang berhias terhadap suatu (kebaikan) yang tidak dia kerjakan atau milikinya, seakan-akan ia memakai dua helai pakaian kepalsuan.” (HR. Tirmidzi: 25-Kitab Al Birr wash Shilah, 87-Bab Maa Jaa-a fii Man Tasyabba’a bimaa Lam Yu’thihi, shahih).

Sempena Hari Guru, doaku khusus untuk guruku yang terawal iaitu arwah ayahandaku . Masih terbayang-bayang seawal usiaku 6 tahun aku dibelikan sebuah buku tulis dan sebatang pensil. Begitu juga dengan rakan-rakan penjoran yang lain pastinya ada catatan kehidupan masing-masing dengan "Guru Awal" masing-masing. Ayah dan ibu kita.

مَن صَنَعَ إِليكُم مَعرُوفًا فَكَافِئُوه ، فَإِن لَم تَجِدُوا مَا تُكَافِئُوا بِهِ فَادعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوا أَنَّكُم قَد كَافَأتُمُوهُ
“Sesiapa yang memberikan kebaikan untuk kalian, maka balaslah. Jika engkau tidak mampu membalasnya, doakanlah ia sehingga engkau yakin telah benar-benar membalasnya.” (HR. Abu Daud no. 1672 dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani).

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh sekalian guru-guru yang telah mendahului kita, ibu bapa kalangan kita,semua kesayangan kita yang telah pergi, khusus buat ayahandaku Almarhum Zainol Abidin bin Man dan asal usul keturunannya...Amin.

Selamat menyambut Hari Guru 2017 dan Fishing4all.

Isnin, 8 Mei 2017

Beraktiviti di Tuas Selatan Bersama-sama Tekong Pak Din

Setelah selesai Trip Himpunan Tuas  siri 4 pada 29.4 2017, kami berkelana lagi mencari tekong dan tuas baharu di lokasi baharu untuk persediaan Himpunan Tuas kali ke 5 pada tahun berikutnya.

Jumaat malam kami menyusur kedingingan dan keheningan malam dari Slim River menuju Pantai Merdeka. Saya memulakan pergerakan sekitar jam 2.30 pagi untuk aktiviti Sabtu 6.5.2017 di Tuas Selatan.

Perjalanan bagaikan tidak terasa dek semangat untuk menjoran yang berkobar-kobar kami sampai di lokasi tepat pada masanya. Tekong Pak Din sudah sedia menanti. Kami memunggah barangan dan terus ke Tuas.

Rezeki agak baik dan menyebelahi kami. Umpanpun mudah. Semuanya menjadi mudah. Pak Din memulakan pendaratan melalui pancingan ambok diikuti cikgu Nizam. Saya turut mendaratkan seekor tenggiri melalui teknik casting.

Kami amat berpuas hati dengan hasil tangkapan pada hari itu. 6 ekor tenggiri bersaiz mega dapat didaratkan. Terima kasih Tuan punya bot En. Fais,Tekong Pak Din, terima kasih rakan-rakan, Cikgu Musa, Cikgu Nizam, Cikgu Hasnusi, Tok Pawang Hamdi dan En. Shahrul.

Trip berikutnya pada 21.5.2017 dengan Tekong Pak Su Nibung di Karang Taiping. Trip Jigging sepenuhnya.

Untuk booking, Tekong Fais boleh dihubungi melalui talian : 0174775054.














Puas hati. Antara trip terbaik kami pada tahun ini.Sedap dan menyelerakan makan mee maggi dengan ikan segar.di atas bot hidangan tekong Pak Din.Tq Alls n Fishing 4all.