Meskipun mendapat maklumat terkini daripada tekong ikan tidak mahu makan kerana faktor perubahan tiupan angin, TRIP "TERBOOKING" kami teruskan juga pada tarikh yang dirancang 4.11. 2018.
Seperti biasa,lokasi kami Tuas Yan Selatan melalui Pengkalan Nelayan Sungai
Udang. Kerana terlalu teruja kami tiba agak awal dan bermalam di Home Stay Cikgu bersebelahan Pejabat Pos Yan berhadapan IPD Yan.
Makan malam sedap juga. Ada Gerai depan tu jual satay dengan saiz agak luar biasa daripada tempat lain dengan harga yang agak menyenangkan kami. Jauh lebih murah dari tempat lain.Rasanya, mmmm sedap sangat. Kena cita rasa.
Mengimbau kenangan silam seperti lebih 20 tahun dahulu apabila pihak Home Stay membekalkan kelambu tatkala tidur malam. Rumah papan dua tingkat persis teratak bonda. Nyaman tidur hingga ke pagi.
Pelayaran kami dengan Bot 1 yang dikemudiTekong Bang Dee dianggotai Cikgu Musa, Cikgu Sofi dan Otai Group manakala Bot 2 ditekongi Bang Lan dan awak-awaknya disertai anggota tersenarai seperti Cikgu Nizam Baloon,Cikgu Hasnusi, Saudara Fendy Evo, Cikgu Tn Hj Idris,Saudara Ishak Canai dan saya sendiri.
Jenuh berkalih dan mengubah teknik namun terpaksa terima hakikat. Kumpaw.
Serik??? Oh, tidak sekali-kali!.Tunggu kehadiran kami pada 11.12.2018 nanti.
Fishing 4all.T kasih.