Jumaat, 29 November 2019

Bot Cikgu Mie Kuala Dulang,Yan - Untuk Tempahan 0135848352 dan Ucapan Takziah Untuk Rakan

Antara aktiviti yang berprestej yang pernah diadakan di sini ialah PFT TOURNAMENT Kuala Dulang Sport Fishing. Pertandingan ini telah berlangsung pada 10.11.2019 yang lalu.

Untuk tempahan bot memancing, pelancong boleh berhubung dengan cikgu Mie Dulang di talian 0135848352

















Antara khidmat sosial yang dilakukan Cikgu Mie ialah sumbangan peribadi kepada waris Allahyarham Pak Anjang @ Abang Man Besojt 4 yang telah kembali ke rahmatullah pada 28/11/2019. انا لله وانا اليه راجعون 
 اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه Al fatihah.
Dalam gambar ini (bawah) 5sahabat Puakajoran.blogspot sudah kembali ke Rahmatullah. Mereka adalah rakan-rakan yang memplopori Himpunan Tuas pada himpunan trip awal dahulu. Antara mereka yang kelihatan dalam gambar ialah:
1. Cikgu Osman Jaafar
2. Hj Mazlan
3. Saudara Ahmad Tan
4. Pak Dolah
5. Pak Anjang @ Abang Man

Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Alfatihah.. اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم 

Antara tangkapan mega yang dilakukan oleh cikgu Mie dan pelancongnya.









Selasa, 12 November 2019

Himpunan Tuas Siri 6 /2019

Seperti yang dirancang Trip Himpunan Tuas siri ke 6 telah  berlangsung dengan jayanya pada 27/10/2019. Seperti tahun lepas kami sekali lagi memilih Pangkalan Nelayan Sungai Udang sebagai tempat berlepas. Ini bagi merealisasikan impian beberapa rakan admin yang tidak dapat menyertai himpunan trip yang lalu kerana beberapa hal yang tidak dapat dielakkan. Selain itu ramai kalangan penjoran juga sangat teruja untuk menikmati perkhidmatan bot kayu yang disediakan di sini.

Program kali ke 6 ini mendapat kerja sama yang cukup baik daripada penyelaras dan tekong bot yang terdiri daripada kalangan tekong bot yang mesra pelanggan seperti Bot 1. Tekong Bang Tan,Bot 2 Tekong Bang Lan, Bot 3 Tekong Bob,Bot 4 Tekong Jerry,Bot 5 Tekong Syafik,Bot 6Tekong Fauzi dan Bot 7 Tekong Own.

Senarai peserta pula dibarisi pemancing vateren dan amatur antarannya, KUMPULAN 1 (BOT NO 3. Tekong Bob),1. Cikgu Musa Pengetua SMK Parit Buntar (kapten)2. Tuan Hj Mail - Semanggol,3. Tuan Basid – MAS Kargo,4. Tuan Basid II ,5. Cikgu Tn Hj Ideris – SMK Alg Iskandar Bagan Serai dan 6. Cikgu Razak - SMK Jelai.

KUMPULAN 2 (BOT NO 6 dibarisi Tekong Fauzi, diterajui oleh 1. Cikgu Rozidee – SMK Alg Iskandar Bagan Serai (Kapten)2. Cikgu Hasnusi – SMK Alg Iskandar Bagan Serai 3. Cikgu Izhar – Kedah 4.Cikgu Low Teck Huan – Taiping  dan 5. Cikgu Khusaini - Tn Pengetua SMK Hamid Khan, Tapah.

KUMPULAN 3 (BOT NO 7.Tekong Own. Enam pemancing tersenarai antaranya,1. Cikgu Nizam – Bandar Baharu (kapten) 2. Tn nasir copier - Langat, 3. Tn Amri pomen – Ulu Langat,4. Tn. Halim Hassim –TEKUN, Slim River, 5. Tn Pyan Othman – Slim River dan 6. Ust Man Tali Air – Semanggol.

KUMPULAN 4 (BOT NO 2 Tekong Bang Lan),1. Cikgu Saadin – Semanggol (kapten),2. Cikgu Rose Tam Hassan - Kpg Dew,3. Cg Azman - SK kpg Dew,4. Cikgu Mus – SMKA Krian, dan 5. Tn Hj Amir – Semanggol.

KUMPULAN 5(BOT NO 5. Tekong Syafik),1. Cikgu Saufi - Selingsing. (Kapten),2. Cikgu Ibrahim – Semanggol,3. Cikgu Saiful - Semanggol,4. Ustaz Sahibul – Semanggol,5. Cikgu Hanip - Semanggol dan 6. Cikgu Fakhrudin - Semanggol. 

KUMPULAN 6 (BOT NO 4. Tekong Jerry),1. Tn. Nasir - Semanggol (kapten)2. Bro Jie ah shim 😂 - Paris Kualohs,3. Tuan Harun Ayaman – Sg Kepar, Semanggol,4. Tn Azlan Dresa – Batu Gajah,
5. Tn Wahab - Perbadanan Kilang Sawit Besout dan pemancing bidan terjun,6. Cikgu Yusri – Gurun.

KUMPULAN 7 (BOT 1. Tekong Bang Tan),1. Tn Fendy Evo - MISC Kargo - Sarawak - Besout. (Kapten),2. Cikgu badr – SK Besout 3,3. Tn. Pawang Hamdi - Besout,4. Tn. Sahak Canai - Besout,
5. En. Rosdi – Desa Bayolali, Indonesia dan 6. Tn. Shahrol SMK Syeikh Abd Ghani Bidor.

Trip kali ini kami menghadapi air pasang yang agak besar, memaksa kami berlepas agak lewat dan balik juga lewat. Kesukaran ini bukan halangan untuk kami kerana memberi ruang kepada kami untuk berada agak lama di laut cuma beberapa aktiviti seperti mencari pemenang dan cabutan bertuah yang dilakukan agak lewat.Selain itu, beberapa insiden seperti kereta sahabat (cikgu Mus) yang rosak dapat diatasi dengan semangat tolong menolong dalam kalangan anggota dan dapat pula mengeratkan hubungan baik antara penjoran.

Berikut merupakan senarai Pemenang  Himpunan Tuas Siri 6 yang berlangsung di Tuas Yan Melalui Pangkalan Nelayan Sungai Udang pada 27/10/2019

1. Pemancing terbaik (bukan tekong) kategori tenggiri (casting).

Tiada Pemenang (hadiah dijadikan cabutan bertuah)

2.  Tekong terbaik -

Pemenang - Tekong Syafik – Pendaratan 7 ekor tenggiri.

BOT 1 TENGGIRI - 1
BOT 2 TENGGIRI - 0
BOT 3 TENGGIRI - 3
BOT 4 TENGGIRI - 2
BOT 5 TENGGIRI - 7
BOT 6 TENGGIRI - 0
BOT 7 TENGGIRI - 2
JUMLAH TENGGIRI YANG DIDARATKAN = 15 Ekor.

3. Hadiah misteri - Ikan pilihan Ketua Juri.
Pemenang: Cikgu Yusri.

4. Tenggiri Terawal di daratkan peserta (terbuka) secara casting.

Tiada pemenang (dijadikan cabutan bertuah).

5. Ikan bawah terbaik - (jenahak)

Pemenang: Kumpulan 6

6. Senior Terbaik. Tiada pemenang (dijadikan cabutan bertuah)

7. Kumpulan terbaik

Pemenang: Kumpulan Cikgu Saufi.

Tahniah juga kepada semua pemenang cabutan bertuah.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan penaja. Terima kasih kepada ajk 'bawah tanah" yang bertungkus lumus menganjurkan program. Terima kasih atas, sokongan rakan-rakan,pemancing,tekong bot,pemilik homestay dan co-ordinator. Tahniah kepada yang berjaya mendaratkat hasil terbaik. Tahniah juga kepada semua pemenang. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan. Sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan. Sebarang penambahbaikan dialu-alukan agar program kita lebih tersusun dan sistematik. Sekian,  wassalam . Boleh juga diikuti melalui paparan Link Himpunan Tuas Siri 6 / 2019