Jumaat, 6 Disember 2019

Menjoran Tenggiri Trip Ulangan Tuas Yan 3/12/2019

Selesai Trip Himpunan di Tuas Siri 6, Group Puakajoran.blogspot seperti tidak betah bertahan. Dengan tiga kumpulan yang dibarisi hampir 90% peserta lama kami sekali lagi bertandan ke Tuas melalui Pangkalan Nelayan Sungai Udang,Yan.

Trip ini berlangsung pada 3.12.2019. Antara tekong yang terlibat ialah Tekong Dek Wan,Tekong Syafiq dan Tekong Bob.

Kumpulan Bot 1 dibarisi oleh Cikgu Nizam,Cikgu Hamidun, Tuan Pian Slim,Bro Fendy Evo,Cikgu Badr Tokan dan Cikgu Mastura.

Bot 2 pula disertai Cikgu Saiful ( kawan cikgu Hamidun),Tuan Halim Hassim,Cikgu Rozidee,Cikgu Hasnusi,Cikgu Hj Idris dan Cikgu Yusri.

Manakala Bot 3 Cikgu Fakhrudin Selinsing, Cikgu Abd Rahim,Cikgu Abdul Razak-Semanggol,Tuan.Ucup,Tuan Ateh dan Ustaz Sahibul.












































Alhamdulillah.Hasil perburuan tenggiri hari tersebut.Bot 1 menjinakkan 9 ekor tenggiri,Bot 2 menumpaskan 5 ekor tenggiri dan Bot 3 mendaratkan 19 ekor tenggiri. Jumlah tenggiri yang didaratkan sebanyak 33 ekor.

Tahniah cikgu Mastura, tuan Pyan, cemerlang! Ahli lain semuanya beraksi hebat. Terima kasih kepada Tekong Dek Wan, Tekong Syafik Dan Tekong Bob. Jumpa lagi next trip 15.12.2019. InsyaAllah.

Next trip 

Trip Reu Open X SK Sri Besout & X SMK Besout. 
Tarikh : 15/12/2019 (Ahad) 
Tempat Berlepas: Pangkalan Nelayan Sg Udang,Yan, Kedah.
Bot: Tekong Syafik

1. Cikgu Zaini Sulong (X SK Sri Besout n SMK Besout) 
2.  Tn Hj Mustafa Kadir (X SK Sri Besout) 
3. Cikgu Musa (X SMK Besout) 
4. Sir Azmin Baharudin (X SK Sri Besout)
5. Cg Badr (X SK Sri Besout)
6. Cg Nizam albaluni (X SK Sri Besout n SMK Besout)

Fishing 4all

Trip Tukun Perak Rakanpuakajoran

Berikut saya paparkan trip rakan-rakan sekutu Puakajoran.blogspot yang berlangsung antara 30 November 2019 - 2 Desember 2019 yang lalu. Trip yang dikendalikan oleh Tekong Pak Ku boleh dianggap berjaya walau ribut membadai.

Puakajoran blogspot.com gagal mendapat perkembangan satu lagi trip yang disertai oleh rakan-rakan dari Ulu Langat di lokasi yang sama beberapa hari sebelum trip ini.

Berikut saya paparkan hasil yang didaratkan oleh rakan-rakan sekutu. Sumber gambar diperolehi daripada Saudara Pyan Slim River yang turut serta dalam trip tersebut.