Khamis, 30 Julai 2009

XPDC Menjoran di Tronoh Mines

Pada 9 Okt 2008 Tokan, Tok Pawang dan Mat Ipoh (Pendy Kenari) bertolak untuk bertarung dengan jelawat diTronoh mines yang terletak kira-kira 90 km dari tempat tinggal kami atau lebih kurang 30 km dari Ipoh.


Tokan sedang memandu
Tok Pawang membaca papan tanda Singgah sebentar di warung berdekatan tempat memancing
Mat Ipoh tengah fikir strategi untuk tewaskan Tokan
Lapar, bedal je lah
Nasi goreng kampung Tronoh Mines
Tok Pawang makan sambil fikir strategi tawan jelawat
Terujanya pasang khemah mengadap tasik Tronoh Mines yang bersambung dengan Sungai Kinta dan menjadi lubuk jelawat
Tok Pawang sedang buat perambut
Jampi ke Tok Pawang

Sedang buat perambut
Sebahagian peralatan pancing
Cari ilham
Menenang lokasi, bukan buang air.....
Bersilat dengan nyamuk
Bersedia untuk merakam gambar jelawat
Makanan kena utamakan
Ikan apa ni.....lampam oren, Mat Ipoh dapat.
Cuba lagi tewaskan jelawat pulak
Tak siap lagi tok Pawang buat perambut dah berejam dah
Jelawat terjun tiruk
Rehat sekejap
Dok fikir strategi lagi
Ada baik tidur dulu
Jelawat dah mula makan bermula jam 11.30 malam
Jelawat Tok Pawang
Tok Pawang lagi
Sebahagian hasil yang diperolehi
Setelah semalaman bersengkang mata akhirnya Tokan dapat 7 jelawat, Tok Pawang dapat 5, Mat Ipoh terpaksa menyerah kalah dan kecewa sangat apabila jelawat yang menyentap pancinnya lucut. Terpaksa berpuas hati dengan lampam sahaja.
Bertolak pulang keesokkan harinya dengan sedikit kecewa kerana hasil tangkapan bersaiz kecil. Bawah 1 kilo. Tronoh Mines kaya dengan jelawat dan ikan - ikan bersaiz besar. Dari cerita-cerita yang didengar ada pemancing yang berjaya memperolehi tangkapan jelawat seberat 14 kilo lebih. Kalau berminat elok pergi pada hari-hari biasa, Isnin - Jumaat. Jika hari cuti anda mungkin tidak dapat "Pot" yang sesuai kerana ramai pengunjung.

Isnin, 27 Julai 2009

Arapaima Gigas @ Manusia Ganas

Sehari dua ini ada pihak yang sibuk berbicara dan melaporkan kemunculan ikan naga atau"Arapaima Gigas" sejenis ikan pemangsa yang menghuni sungai Amazon dilepaskan ke Tasik Kenyir oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Mungkin disebabkan saiz ikan tersebut terlalu besar untuk ditempatkan dalam kurungan atau pemelihara itu sudah tidak terlarat untuk memberikan ikan itu makan. Kebimbangan ini disuarakan kerana ikan pemangsa ini mampu membesar hingga mencecah berat 200 kg lebih.Sudah pasti Tasik Kenyir yang mengandungi berjenis ikan termasuk yang sukar diperolehi seperti kelah,tengas dan arowana menjadi sunyi.
Kerajaan negeri Terengganu juga menawarkan sejumlah ganjaran bagi sesiapa yang dapat menangkap "makhluk asing" ini hidup-hidup. Khabarnya ganjaran mungkin dinaikkan kerana tiada kaki pancing atau penjoran yang sanggup menyahut cabaran. Sayang dan perihatin sungguh masyarakat Malaysia akan kemusnahan hidupan akuatik di negara tercinta ini. Saya sebenarnya tidak ingin masuk campur dalam masalah kepupusan ikan di Tasik Kenyir itu tetapi terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan pihak-pihak yang menyatakan masalah kepupusan sesuatu spesis itu dikaitkan hanya apabila ada haiwan lain atau "makhluk asing" yang saiz badannya lebih besar memakannya. Kita juga tidak seharusnya melihat dalam skop Tasik Kenyir sahaja tetapi harus melihat dalam konteks "1 Malaysia". Berapa banyak sungai atau tasikkah di Malaysia ini yang tidak dihuni oleh "Arapaima Gigas" tetapi spesis ikannya telah berkurangan atau pupus sama sekali. Jawapannya tidak lain kepupusan ikan-ikan dan hidupan akua ini adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri. Antara masalah yang dikenal pasti hasil pemerhatian spontan saya, habitat asal hidupan akua ini telah dimusnahkan dengan cara penebangan dan pembukaan hutan. Seperti mana yang kita ketahui ikan-ikan yang pupus ini iaitu tengas dan kelah biasanya mudik ke hulu sungai untuk membiak. Cuba kita lihat di hulu-hulu sungai ini sudah berapa banyak tempat yang diteroka dan didirikan pula tempat-tempat pelancongan. Sesetenagh tempat pula diteroka untuk ditanam sawit atau "dicuri" kayu kayannya. Tidak kira lagi terdapat segolongan manusia yang menceroboh dan menggunakan cara extrim seperti "bom" dan klorin semata-mata untuk memperolehi spesis kelah dan tengas yang bersaiz besar. Yang paling menyedihkan mereka yang terlibat adalah orang-orang yang mempunyai kerjaya dan menggunakan kerjaya mereka itu untuk untuk mengaut hasil dengan cara yang salah. Saya pernah terjumpa pekerja-pekerja loji bekalan air berhampiran sini bercerita mereka menggunakan klorin yang digunakan untuk merawat air bagi membutakan spesis ikan yang menghuni sungai Sungkai. Satu peristiwa lagi berlaku di hadapan mata saya, bagaimana sekumpulan manusia di dalam sebuah bot menggunakan bahan letupan berbentuk "belacan" (yang digunakan oleh pasukan keselamatan semasa latihan mungkin) untuk meletupkan lubuk-lubuk di kawasan Slim River. Saya pernah terlihat orang itu dan kalau tidak salah beliau adalah salah seorang kakitangan yang bertugas di sebuah balai polis sekitar sini. Tidakkah ini menyumbang kepada kemusnahan habitat dan kepupusan hidupan air. Penggunaan racun makhluk perosak yang berleluasa juga adalah satu lagi cara yang ketara membunuh hidupan akua. Hati penjoran biasanya akan terasa pedih tatkala menyusuri liku-liku sungai yang dahulunya merupakan lubuk dipenuhi tumbuhan terberau dan bangkar-bangkar kayu yang menjadi sarang ikan. Hari ini habitat tersebut punah sama sekali. Ini disebabkan kegiatan manusia yang semakin tamak untuk meluruskan sungai bertujuan menanam sawit. Selain itu sungai-sunagi ini juga "dipotong" dan dicuci dengan alasan untuk menghalang banjir.
Lebih menyakitkan hati apabila laluan untuk penjoran ke sungai dikandang atau dihalang dengan alasan kehilangan buah sawit. Pakej peladang dan peneroka ini seolah-olah sungai juga merupakan harta "bapak mereka" dan mereka bebas melakukan apa sahaja yang memungkinkan habitat ikan musnah. Kenyataan yang saya catatkan ini mungkin perkara kecil dan remeh dan tidak menyamai kewujudan sektor industri yang membuang sisa ke sungai, perlombongan pasir yang memusnahkan habitat ikan, penebusgunaan tanah dan penimbusan paya serta lombong untuk kawasan ladang dan penempatan, cara pengurusan pertanian atau penanaman padi yang dimodenkan, menangkap ikan dengan cara yang salah dan sikap manusia mpembuang sampah ke dalam sungai yang selalu diperkatakan. Ingatlah perkara besar yang selalu diperkatakan itu biasa berlaku dikawasan bawah hulu sungai dan jauh dari hutan yang menjadi tempat pembiakan ikan. Hari ini kemusnahan telah berlaku bukan sahaja di kuala sungai atau bahagian tengah sungai bahkan sampai ke hulu sungai yang menjadi habitat pembiakan ikan terutama kelah dan tengas. Cadangan saya bawalah masuk seberapa banyak spesis ikan sungai Amazon terutama yang cepat membiak dan bersaiz besar dan lepaskanlah ke semua tasik dan sungai di Malaysia agar hati kami "penjoran" terubat dan dapat merasa lagi sentapan yang jauh menandingi sentapan kelah dan tengas! Tokan.

Jumaat, 24 Julai 2009

Rakan Puakajoran

Siapa hebat!!!
Tokan sedang menjampi

Hanya lampam yang mengena



En. Shahrol(F. Trolak) dengan kelabau 3 kg
Juragan Nizam Balun & kelabau 3.2 kilo
En. Shahrol Felda Trolak & kelah
Anak-anak Tokan belajar menjoran Dapat jugak terbul..... Sah kuah dah tumpah ke nasi
Kudin, adik Tokan & Toman 2 kg

Belida lubuk pusing, Tangkapan Cikgu Mahadee Ramli 8.5 kg

Cikgu Mahadee SMK(F) Besout & Belida
Sebarau En. Saiful @ Pak Su SKB 3



Aksi Cikgu Mahadee SMK F Besout, setelah menewaskan belida 8.5 kg


Trolak Pekan & Toman 4 kg

En. Saiful mempamerkan toman 4 kg



Toman lagi

Patin

Anak-anak En. Saiful pun nak jadi penjoran


Cikgu Nizam Balun - udang Batak Rabit



En. Saiful & kelabau Ulu Basir


Cikgu Nizam Balun - aksi di Pulau Sembilan


En. Saiful - Aksi di Pulau Sembilan


Baung sungai Erong


Apoi (Puaka Felda Besout Boy) - belida Ulu Basir


Aksi Apoi


Apoi - Haruan


Apoi lagi

Tengok la dia lagi



Memang berpuaka budak ni


Lagi-lagi Si Apoi

Jelawat pulak......



Haruan.... makan umpan bulu!


Dia ni lagi.....Jelawat

Haruan lagi!


En. Saiful - Kelabau


Cikgu Mahadi & menjoran udang di Batak Rabit

En. Saiful - Udang Ulu Basir



Fizam - budak sekolah & Rohu 2 kg


Apoi(Puaka Besout Boy) & rakan-rakan beraksi dengan belida Ulu basir

Udang jinggo.....



NURUL SHANIA BT JAMALI
Johan menjoran pada Pertandingan Menjoran Hari Kantin SK Besout 3, 2008.