Khamis, 30 Julai 2009

XPDC Menjoran di Tronoh Mines

Pada 9 Okt 2008 Tokan, Tok Pawang dan Mat Ipoh (Pendy Kenari) bertolak untuk bertarung dengan jelawat diTronoh mines yang terletak kira-kira 90 km dari tempat tinggal kami atau lebih kurang 30 km dari Ipoh.


Tokan sedang memandu
Tok Pawang membaca papan tanda Singgah sebentar di warung berdekatan tempat memancing
Mat Ipoh tengah fikir strategi untuk tewaskan Tokan
Lapar, bedal je lah
Nasi goreng kampung Tronoh Mines
Tok Pawang makan sambil fikir strategi tawan jelawat
Terujanya pasang khemah mengadap tasik Tronoh Mines yang bersambung dengan Sungai Kinta dan menjadi lubuk jelawat
Tok Pawang sedang buat perambut
Jampi ke Tok Pawang

Sedang buat perambut
Sebahagian peralatan pancing
Cari ilham
Menenang lokasi, bukan buang air.....
Bersilat dengan nyamuk
Bersedia untuk merakam gambar jelawat
Makanan kena utamakan
Ikan apa ni.....lampam oren, Mat Ipoh dapat.
Cuba lagi tewaskan jelawat pulak
Tak siap lagi tok Pawang buat perambut dah berejam dah
Jelawat terjun tiruk
Rehat sekejap
Dok fikir strategi lagi
Ada baik tidur dulu
Jelawat dah mula makan bermula jam 11.30 malam
Jelawat Tok Pawang
Tok Pawang lagi
Sebahagian hasil yang diperolehi
Setelah semalaman bersengkang mata akhirnya Tokan dapat 7 jelawat, Tok Pawang dapat 5, Mat Ipoh terpaksa menyerah kalah dan kecewa sangat apabila jelawat yang menyentap pancinnya lucut. Terpaksa berpuas hati dengan lampam sahaja.
Bertolak pulang keesokkan harinya dengan sedikit kecewa kerana hasil tangkapan bersaiz kecil. Bawah 1 kilo. Tronoh Mines kaya dengan jelawat dan ikan - ikan bersaiz besar. Dari cerita-cerita yang didengar ada pemancing yang berjaya memperolehi tangkapan jelawat seberat 14 kilo lebih. Kalau berminat elok pergi pada hari-hari biasa, Isnin - Jumaat. Jika hari cuti anda mungkin tidak dapat "Pot" yang sesuai kerana ramai pengunjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan