Sungai Sungkai terkenal dengan lubuk Sang Kelah, namun di sebalik arusnya yang deras, baru-baru ini gempar di Kampung Tiang Bertarah dekat sini, 3 ekor buaya yang berlainan jenis iaitu buaya jenjulung, buaya tembaga dan buaya katak muncul secara serentak berhampiran jambatan kampung Tiang Bertarah. Kemunculan buaya-buaya tersebut telah menarik perhatian penduduk setempat dan sebuah akhbar harian melaporkan berita tersebut.Fenomena itu berlarutan hampir sebulan.
Buaya tersebut timbul dan tenggelam sebanyak 3 kali. Agak lama juga buaya tersebut menunjukkan diri. Di sudut hati Tokan bersyukur kerana spesis digeruni ini masih menghuni sungai Sungkai. Agak pelik, lokasi ini sering diselami oleh penyelam tetapi tidak pernah terdengar cerita mereka terserempak dengan Sang Bedal ini.
Amboi encik Tokan,kerap update blog.masuk kelas ker tak..kui kui kui
BalasPadamFree boss
BalasPadamAlhamdulilah itu lah Sumpahan Jika di langgar oleh Manusia.
BalasPadamCamana nak download video tu
BalasPadam