Khamis, 6 Ogos 2009

BUAYA SUNGAI SUNGKAI

Sungai Sungkai terkenal dengan lubuk Sang Kelah, namun di sebalik arusnya yang deras, baru-baru ini gempar di Kampung Tiang Bertarah dekat sini, 3 ekor buaya yang berlainan jenis iaitu buaya jenjulung, buaya tembaga dan buaya katak muncul secara serentak berhampiran jambatan kampung Tiang Bertarah. Kemunculan buaya-buaya tersebut telah menarik perhatian penduduk setempat dan sebuah akhbar harian melaporkan berita tersebut.Fenomena itu berlarutan hampir sebulan.

Pada 12.07.2009 sewaktu memburu Sang Kelah di 6B, Sungai Sungkai, Tokan dikejutkan oleh Tok Pawang dengan smsnya yang berbunyi "Kelah 1 kg berjaya didaratkan". Terbakar sungguh hati.... Tidak berapa lama kemudian Tok Pawang sms lagi "Nak Tengok buaya datang sini cepat, ada 2 tapi 1 dah tenggelam". Tanpa lengah saya terus ke tempat tersebut. Malangnya buaya dah tenggelam sebab air beralun dek tiupan angin. Tok Pawang jadi gelisah takut-takut dia dituduh mengada-adakan cerita. Sebentar kemudian muncullah kelibat Sang Bedal tersebut, dari spesis muncung panjang.. Timbul separuh kepala sahaja dan sempat dirakamkan, namun gambar tidak jelas kerana kamera yang tidak canggih dan keadaan objek yang berada betul-betul paras air.

Buaya tersebut timbul dan tenggelam sebanyak 3 kali. Agak lama juga buaya tersebut menunjukkan diri. Di sudut hati Tokan bersyukur kerana spesis digeruni ini masih menghuni sungai Sungkai. Agak pelik, lokasi ini sering diselami oleh penyelam tetapi tidak pernah terdengar cerita mereka terserempak dengan Sang Bedal ini.

4 ulasan: