Isnin, 10 Ogos 2009

Menangani H1N1

INFLUENZA A H1N1 SELSEMA BABI

Setahun lalu, suku sakat dan keluarga “Penjoran” khasnya dan penduduk Malaysia umumnya, digemparkan dengan isu “haram” ikan air tawar terutama ikan patin yang amat popular di sebuah dua negeri, kononnya diberi makan organ dari haiwan yang amat sensetif kepada manusia Islam Malaysia, iaitu babi. Sehingga di dalam khutbah Jumaatpun disentuh isu tersebut.

Kemudian, negara dikejutkan pula dengan jumlah babi yang diternak secara tidak teratur dan dengan banyaknya di beberapa buah negeri di negara kita.Surat khabar arus perdana memuatkan perkara tersebut di ruang hadapan akbar masing-masing.Terciptalah polemik antara negeri-negeri yang ditadbir oleh parti politik tertentu yang ingin menguruskan pusat ternak babi secara moden dengan penduduk setempat.Saban hari berita dan warta arus perdana menunjukkan demonstrasi dan bantahan penduduk menghentam pihak pemerintah di negeri-negeri tersebut dengan rata-rata penduduk Melayu Islam yang konon-kononnya berpegang teguh dengan ajaran Islam.Keji dan hina sungguh babi itu.

Kemudiannya muncul pulak cerita sebuah ladang betik menggunakan baja dari sisa dan najis babi.Bercendol-cendol pak alim dan ulamak memberikan fatwa.Selepas itu wujud pulak pinggan dari tulang babi. Perihatin sungguh masyarakat kita dengan isu kesucian, terutama yang melibatkan babi.Pendek kata, celik sahaja mata hingga saat mata kita dipejamkan, telinga kita dihidangkan dengan “nyanyian babi,babi,babi”.

Terkini wabak H1N1 atau selsema babi pulak melanda, sehingga memaksa seorang “atasan” mewartakan, walau apapun nama sainstifik penyakit itu, ia mesti digunakan dengan nama “babi” juga.Tidak boleh tidak, kena guna juga “babi”.

Saya sebenarnya tidaklah berminat untuk berbicara mengenai babi-babi ini, tetapi terpanggil juga untuk “singgah” sebab saya juga tergolong daripada manusia yang benci dan tidak suka kepada babi-babi ini. Apatah lagi kawasan atau lubuk-lubuk yang saya dan rakan-rakan joran biasa kunjungi, suatu hari nanti munkin dicemari oleh najis babi-babi ini.

Sehari dua yang lalu saya sempat bertanya seorang doktor kanan di sebuah hospital. Menurutnya selsema babi ini tidaklah seburuk virus sars atau selsema burung yang melanda sedikit masa dahulu. Jika dijangkiti selsema babi tidak perlu panik, sebaliknya perlu berehat secukupnya di tempat yang diasingkan dan banyakkan minum air masak. Insyaallah boleh sembuh. Menurutnya lagi, di negara kita belum ada lagi (setakat artikal ini ditulis) pesakit yang terkena jangkitan selsema babi meninggal dunia. Kalau adapun yang meninggal, ianya melibatkan pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti athma, diabetis , jantung dan lain-lain. Mereka meninggal kerana komplikasi penyakit-penyakit tersebut dan bukan seratus peratus daripada selsema babi (jumlah terkini sehingga artikal ini diterbitkan melebihi 30 orang).

Dari sudut adap dan budi bahasa, saya amat tertarik dengan orang tua-tua dahulu mendidik, perkataan babi ini kalau boleh tidak mahu disebut, jika berbicara sesama sendiri pun mereka biasanya menggunakan separuh nama sahaja iaitu “ba” ataupun Khinzir, apatah lagi di hadapan kanak-kanak. Orang Cina sendiripun tidak mencetak gambar haiwan tersebut di dalam kalender yang menunjukkan tahun haiwan berkenaan sebaliknya ditulis “pig” atau dalam bahasa mereka sendiri. Sungguh sopan dan berbudi bahasa, hormat-menghormati dan faham adat resam dan budaya orang Islam yang menjadi majoriti penduduk negara ini.Usahkan gambar, nama babi pun tidak mahu dibawa masuk ke dalam rumah.

Hari ini, kanak-kanak bukan sahaja bebas menyebut nama “babi” malah diajar oleh surat khabar, TV dan saranan “orang atasan” sehinggakan nama babi disebut melebihi nama Tuhan dalam satu hari. Orang dewasa apatah lagi, memaki hamunpun menyebut babi.

Dalam iklan pula, kita disuruh menutup mulut atau hidung dngan sapu tangan apabila bersin. Kita juga disuruh selalu membasuh tangan bagi mengelakkan jangkitan dan merebaknya virus H1N1 atau selsema babi ini.

Takut sungguh kita, sekali fikir, samalah seperti Firaun, apabila nyawa berada di halkum barulah hendak bertaubat. Bukankah agama Islam sedari dulu menggalakkan wanita menggunakan cadur(tutup muka), lelaki pula menggunakan serban yang hujungnya boleh digunakan untuk menutup mulut dan hidung. Lain disuruh lain dibuat dengan alasan berbagai. Tudung yang disuruh labuhkan pun disingkap ke atas kepala inikan pula hendak memakai cadur.

Lelakinya pula lebih rela menjunjung tengkolok songket dan songkok baldu yang mahal tetapi tidak boleh dibasuh daripada memakai serban dan ketayap. Asasnya pun salah, kalaulah benda yang tidak boleh dibasuh dijadikan pakaian, maknanya tempat pembiakan virus dan mungkin tidak boleh dibawa sembahyang! Mana ada tengkolok dan songkok jenis pakai buang melainkan itulah yang dijunjung sampai kusam.

Begitu juga dengan membasuh anggota-anggota yang terdedah kepada kotoran sekurangnya-kurangnya sehari 5 kali melalui amalan wuduk, tidak termasuk wuduk yang diangkat untuk menunaikan solat sunat . Kalau dihitung, berapa puluh kali sehari semalam setiap orang Islam membasuh, bukan sahaja tangan malah anggota lain supaya bersih.

Sepatutnya orang Islam hari ini berupaya untuk lebih sihat, jika mengamalkan amalan wajib dan amalan sunnah. Tidak kira apapun alasan atau hujjah, pada saya cara yang ampuh untuk menangani masalah di dunia ini melalui “IslamPenyelesaian”. TEGAKKAN SYARIAT DAN HIDUPKAN SUNNAH. MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI! - Tokan.


SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG WABAK SELSEMA BABI

Apakah Selesema Babi?Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.Adakah Virus Ini Berjangkit?CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.Jika anda sakit anda perlu:-* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.Info lebih lanjut boleh dibaca di link ini http://serikasih.blogspot.com/2009/07/fakta-selsema-babi-khinzir-h1n1.html

1 ulasan:

  1. Pandangan yang baik,Bagi pak pak menteri baca jangan fikir nak kutip untung jual vaksin.Kesihatan rakyat bukan bahan dagangan. Kalau rakyat dah jadi bahan dagangan tunggulah balasan Allah yang akan mendatangkan penghidupan sempit kepada penyoking kebatilan.

    BalasPadam