Rabu, 26 Ogos 2009

Mengumpan Kelah

Lain padang lain belalang, begitu juga dengan aktiviti menjoran. Lain lubuk lainlah umpannya. Catatan ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan. Hanya sebagai catatan, bukan untuk diikuti atau dijadikan panduan secara total. Harap maklum....

Kenal pasti lubuk yang mungkin didiami oleh Sang Kelah


Kebiasaannya Sang Kelah akan bermain arus dibelakang tunggul atau kayu yang berada di tengah-tengah sungai. Sang Kelah juga gemar menangkap buih yang terhasil daripada arus dibelakang tunggul tersebut.


Ikatkan perambut menggunakan tali berkualiti sekurang-kurangnya 25 lbs dan mata bersaiz 17


Dapatkan buah sawit yang cukup masak dan berwarna merah terang, mempunyai ketebalan yang sesuai serta yang agak keras supaya mudah proses mencucuknya dan tidak pecah.


Racik atau potong buah sawit tersebut menggunakan pisau yang tajam berbentuk dadu atau kepingan(ikut cita rasa).


Susun sawit yang dipotong lebih kurang sejengkal supaya kelihatan berbuai di tengah arus bagi menarik perhatian ikan.


Jarakkan umpan daripada batu pemberat lebih 2 kaki. Kebiasaannya ikan akan makan lebih kurang jarak itu daripada dasar sungai. Sekiranya sungai tidak kuat arusnya serta agak dalam gunakan batu halus supaya umpan dapat bergerak-gerak.


Buat balingan betul-betul di tengah arus sebelah belakang tunggul kayu


Duduk dalam keadaan sembunyi dan diam. Gunakan loceng sebagai penggera.

Hasilnya bukan kelah tetapi lampan
Teknik mengumpan begini bukan sahaja dapat menarik perhatian lampan tetapi kelah, tengas, terbul, kelabau, tongsan dan kaloi menggemarinya.
Terpaksa pulang akhirnya setelah air menjadi keruh disebabkan hujan malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan