Ahad, 16 Ogos 2009

Udang Slim River

Pada hari Sabtu 15 Ogos 2009 saya mencuba nasib di Sungai Slim untuk menjinakkan kelah yang telah lama saya perhatikan.Beberapa kali Sang Kelah menongkah arus dan melompat melepasi batang kayu tumbang.Namun sia-sia setelah mendapati sisik sebesar syiling 20 sen bertaburan di tebing sungai. Mungkin telah menjadi korban Sang Memerang. Kecewa dengan situasi itu, ditambah pula air yang agak besar dan keruh pekat, saya mencuba menjinakkan udang Sungai Slim. Inilah hasilnya. Kasar juga saiznya.






Rakan-rakan Puakajoran bolehlah melepaskan gian memancing udang di Sungai Slim jika tidak dapat ke Batak Rabit Teluk, Intan atau Sungai Ulu Basir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan