Khamis, 10 September 2009

Anggur Pelengkap Masakan Ikan Air Tawar

Aktiviti menjoran ada kalanya terhalang disebabkan pelbagai faktor.Ada waktunya, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. Ada ketikanya waktu yang terlalu suntuk disebabkan kerja dan tugas rutin. Walaubagaimanapun kita masih punyai waktu senggang untuk dipenuhi dengan aktiviti lain supaya tidak bosan.Menanam tumbuhan hiasan juga memberi satu kepuasan yang tidak kurang hebatnya.Apatah lagi tanaman tersebut hidup subur dan menjadi penyeri kawasan rumah.Paling bermanafaat jika tanaman tersebut dapat dijadikan sebahagian keperluan harian kita.Berikut saya siarkan sebahagian tanaman yang menjadi penyeri@penyemak rumah saya.

Anggur- Dihadiahkan oleh rakan pada tahun 2006.Setahun kemudian mula berbunga dan berbuah. Sehingga sekarang tidak pernah putus berbuah dengan kuantiti yang tidak menentu.Pada musim panas atau kemarau rasanya agak manis.Sebaliknya jika hujan berlarutan rasanya masam benar.Biasanya buah anggur ini saya gunakan sebagai perasa dalam masakan bagi menggantikan belimbing buluh. Boleh tahan juga rasanya jika dimasukkan ke dalam gulai lemak cili api ikan jelawat atau baung sungai.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan