Khamis, 3 September 2009

SIPUT GONDANG MUSUH TANANAM PADI

Kemusnahan habitat ikan di kawasan sawah padi disebabkan teknik penanaman padi secara moden.Kepupusan ikan telah mengundang musuh tanaman padi yang tidak dijangka iaitu sejenis siput,dikenali dengan nama "siput gondang emas".Suatu ketika dahulu, ikan berperanan sebagai pemangsa kepada semua jenis serangga yang menyerang tanaman padi, dengan memakan larva dan telur yang dihasilkan oleh nyamuk,belalang dan siput gondang.Kini petani terpaksa bermodal besar membeli racun makhluk perosak bagi mengawal tanaman padi.Ada pendapat yang menyatakan siput gondang emas ini boleh dimakan. Dari makluman,sebahagian penduduk Kelantan suka makan siput gondang yang dimasak lemak cili api.Jika anda mempunyai maklumat lain, bolehlah berkongsi pendapat di ruangan ini.Manalah tahu, kalau-kalau siput yang dianggap musuh petani ini dapat dikomersialkan sebagai hidangan istimewa suatu hari nanti.

Jalan masuk ke sebuah kampung kawasan penanam padi

20 tahun dahulu, kelahiran anak-anak ikan sebegini mudah ditemui di sawah padi.

Dari jauh kelihatan anak-anak padi yang baru diserak seperti hidup subur

Anak-anak padi yang menghijau

Subur

Di sebalik kehijauan, jika ditinjau dengan lebih dekat akan kelihatan seperti ini

Anak-anak padi yang mati dan kelihatan kawasan berlopak-lopak

Sesetengah kawasan melibatkan kematian anak padi yang serius

Inilah puncanya, sejenis siput
Siput gondang emas
Telur siput gondang emas seperti kristal berwarna merah
Boleh ditemui dngan banyaknya melekat di batang rumput sekitar sawah dan tali air

Telur yang baru dihasilkan

Telur-telur yang baru dihasilkan

Siput gondang sedang memakan benih padi
Siput gondang yang dipungut oleh salah seorang petani
Kawasan sawah yang terjejas

Kematian anak-anak padi menjejaskan pendapatan petani

4 ulasan:

  1. Nak tanya dekat mana banyak ada siput gondang? saya pelajar bioteknologi nak buat kajian untuk siput ni dan perlukan kuantiti yang banyak...ada tak orang yang kutip dan jual siput ni?

    BalasPadam
  2. Saya dengar siput ni boleh dimakan??betul ke??

    BalasPadam