Selasa, 27 Oktober 2009

Utamakan Keselamatan

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita dua orang pemancing yang terkorban akibat dihempap pokok di lokasi memancing Klang Gate, Selangor. Puakajoran amat simpati dengan mangsa, rakan-rakan dan keluarga mereka yang terlibat. Pengajaran yang boleh diambil oleh semua pemancing dan kaki joran mereka perlu sentiasa peka dengan persekitaran dan keselamatan. Kerap terjadi sesuatu perkara yang dipandang remeh akhirnya mengundang petaka dan musibah yang besar. Seingat saya ada pemancing menjadi korban akibat:

1. Dihanyutkan arus atau lemas.
2. Di sambar petir
3. Dihempap pokok atau dahan kayu.
4. Diserang haiwan buas atau berbisa.

Oleh itu wahai rakan joran sakalian, berawas dan beringat-ingatlah agar kita sentiasa mengutamakan keselamatan dan dapat meneruskan aktiviti yang kita ceburi dengan selamat, tidak kira samaada di laut dalam,persisiran pantai,pulau,sungai,lubuk,tasik dan juga paya.

Puakajoran juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi jambatan gantung runtuh di Pusat Ko Kuala Dipang yang meragut sekurang-kurangnya 1 nyawa semalam. Sungai Kampar yang suatu ketika dahulu menjadi "pot" pilihan rakan Puakajoran menjinakkan tengas dan sebarau, memang terkenal dengan arus yang agak deras apatah lagi ketika hujan lebat di hulu sungai-Tokan

Isnin, 26 Oktober 2009

Rakan Puaka Kenduri Patin Ulu Basir

Gambar terkini Apoi Si Puaka Felda Besout dan Puaka jr. sedang beraksi dengan patin 8.2 kg di Ulu Basir. Mencabar rakan-rakan puaka yang lain....berani? Jom turun.....



Misi Ahad

Bertolak ke destinasi pot jelawat seawal 7.30 pagi secara solo. Rakan lain ada yang menghadiri kelas di OUM dan hal-hal peribadi/keluarga. Ketika itu langit kelihatan masih mendung lantaran hujan yang turun sejak petang Sabtu. Hujan agak lebat di kawasan-kawasan tertentu Sungkai, Bidor dan Tapah . Ada tempat-tempat langsung tiada hujan.
Hampir sejam setengah perjalanan, sampai ke pot dengan keadaan sungai di luar jangkaan. Airnya tohor amat seperti tiada memberi kesan dengan hujan yang agak lebat sebentar tadi dan semalam. Mahu tidak mahu umpan tetap dilabuhkan......beberapa detik berlalu, umpan disambut oleh dua ekor lampam bersaiz mini.

Hampir 2 jam menanti akhirnya muncul juga kelibat jelawat bersaiz M
Seperti biasa Shimanao Ultegra menjadi pilihan




Sabtu, 24 Oktober 2009

Tok Pawang Mula Beraksi di WP Labuan

Sebentar tadi saya telah terima gambar kiriman Sdr Hamdi @ Tok Pawang, rakan puaka yang telah bermastautin di WP Labuan. Masih segar diingatan bagaimana berhari bermalam kami menyusuri sungai dan tasik di daerah sini demi kelah dan jelawat.
Ini adalah ikan yang dipancingnya tadi (Tak tahu apa nama). Menurut beliau, sentapan ikan ini agak ganas dan hanya ini yang berjaya dijinakkan. Tok Pawang terpaksa mengaku kalah setelah "ring" jorannya pecah kerana tarikan ikan yang lebih besar. Berikut disiarkan gambar beliau bersama isteri untuk tatapan rakan-rakan puaka yang merindui aksi pertarungan di sungai Cendriang, Tronoh mine, sungai Sungkai dan sungai Ulu Basir. Selamat Tok Pawang & Isteri.

Lagi Aksi Apoi (Puaka Besout) - Sepit Biru Ulu Basir

Penduduk sekitar sempadan Perak Selangor pastinya sedia maklum dengan tarikan lubuk atau jelapang udang galah iaitu sungai yang terlelak di kawasan perladangan Ulu Basir. Kaki pancing yang berada sekitar sini akan berasa seolah-olah satu kerugian jika tidak dapat turun beraksi apabila musim udang tiba.





Jumaat, 23 Oktober 2009

Afis & Mamat Puaka JR - Udang Ulu Basir







Aksi Mamat dan Afis, Puaka JR sedang beraksi di sungai Ulu Basir, sempadan Perak Selangor.

Apoi Puaka Felda Besout - Haruan Ulu Basir




Aksi Apoi di lokasi lubuk haruan Ulu Basir. Saiz mega. Beratnya tentu melebihi 1 kg.

Apoi Puaka Felda Besout




Setelah beberapa bulan tidak mendengar khabar tiba-tiba saya dikunjungi oleh "Apoi si Puaka Besout" dengan koleksinya yang terkini. Saksikan aksinya bersama udang galah SKC yang terkenal dengan saiz besar dan sepitnya yang biru. Suatu ketika dahulu "pot" ini selalu juga menjadi kunjungan saya bersama "Tok Pawang" yang kini telah berhijrah ke WP Labuan.

Khamis, 22 Oktober 2009

Barracuda Lumut



Klip ini dikirimkan oleh Epoi@Pak Su. Kelihatan seorang pemancing sedang mendaratkan seekor barracuda di Jetty Lumut. Pak Su kebetulan menghantar seorang sahabat berkursus ke Pangkor sempat merakamkan aksi tersebut walaubagaimanapun terlupa untuk bergambar secara jarak dekat. Mengikut cerita pemancing tersebut, beliau pernah mendaratkan siakap seberat 7 kg di Jetty tersebut.

Rabu, 21 Oktober 2009

Awan Berarak Hujan Tak Jadi

Seminggu dua ini langit kelihatan mendung dan gelap menandakan hujan akan turun. Bagi penjinak jelawat rakan Puakajoran sering ternanti-nanti ketika dan saat itu.Air sungai Chenderiang akan melimpahi tebing. Pada masa itulah jelawat akan mudik dan begitu ghairan untuk menyentap umpan sawit yang dihidangkan. Penantian demi penantian dilalui namun hujan belum mahu turun.Jika turun pun tidaklah sampai sungai Chendriang dilimpahi air.
Masa yang terluang terutama di hujung minggu, saya dan rakan-rakan penjoran akan meronda singgah di "pot-pot" yang selalu dikunjungi pemancing di sekitar Slim River dan Sungkai.Bukan untuk memancing tetapi sekadar berbual-bual dengan pemancing tegar yang sentiasa bertali arus tidak kira sama ada keadaan air elok atau tidak,bagi mereka asalkan batu ladung dapat mencecah air, sudah cukup untuk menghilangkan ketagihan.Kelihatan dari tebing ,air sungai yang mengalir kadang-kadang deras, kadang-kadang lesu dan kelihatan kotor sekali akibat pelbagai aktiviti manusia seperti penyedutan pasir, pembalakan, perladangan dan pembersihan sungai yang kesemuanya menyumbang kepada kepupusan ikan dan habitat ikan.Hujung minggu ini amat diharapkan hujan akan turun lebat di sekitar Tapah dan........JELAWAT KITA!!!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Fish in Fujairah

Fw: [Email Menarik] Strange Big Fish in Fujairah?
From: afiq hamran (afiqhamran@yahoo.com.my)
Sent: Sunday, 13 Sep, 2009 10: 52 AM



Ahad, 18 Oktober 2009

Joran Pusaka

Inilah gambar pusaka joran buluh, peninggalan arwah abah yang masih boleh digunakan. Saya sempat beraksi menggunakan joran tersebut di tali air berhampiran rumah keluarga di kampung.
Joran buluh yang penuh nostalgia bagi kami sekeluarga...

Isnin, 12 Oktober 2009

Kelah Kecil

12 Okt. setelah mendapat maklumat dari rakan-rakan bahawa kelah kembali aktif di sungai Sungkai, saya bergerak secara solo menyusuri lubuk sekitar sungai Tunjung untuk mengintip Sang Kelah. Maklumat yang saya perolehi daripada rakan-rakan, ada pemancing yang mendaratkan kelah melebihi 1 kg.Ada juga antara rakan yang mengadu sang Kelah dapat meloloskan diri setelah berjaya "meletopkan" tali pancing mereka.Setelah beberapa kali bertukar "pot" akhirnya seekor sahaja kelah kecil (11 inci) yang sudi meragut umpan sawit racik yang saya hidangkan. Keadaan air yang keruh dan bersampah memaksa saya pulang awal.




Umpan roti "Gardenia" yang saya hulurkan untuk menjinakkan sang Lampam juga tidak bersambut.



Kelah yang tidak dapat diselamatkan, setelah pam oksigen kehabisan bateri.Mati dalam perjalanan pulang.



Gagal lagi usaha untuk menempatkan spesis ini ke dalam akuarium kecil milik saya.