Rabu, 21 Oktober 2009

Awan Berarak Hujan Tak Jadi

Seminggu dua ini langit kelihatan mendung dan gelap menandakan hujan akan turun. Bagi penjinak jelawat rakan Puakajoran sering ternanti-nanti ketika dan saat itu.Air sungai Chenderiang akan melimpahi tebing. Pada masa itulah jelawat akan mudik dan begitu ghairan untuk menyentap umpan sawit yang dihidangkan. Penantian demi penantian dilalui namun hujan belum mahu turun.Jika turun pun tidaklah sampai sungai Chendriang dilimpahi air.
Masa yang terluang terutama di hujung minggu, saya dan rakan-rakan penjoran akan meronda singgah di "pot-pot" yang selalu dikunjungi pemancing di sekitar Slim River dan Sungkai.Bukan untuk memancing tetapi sekadar berbual-bual dengan pemancing tegar yang sentiasa bertali arus tidak kira sama ada keadaan air elok atau tidak,bagi mereka asalkan batu ladung dapat mencecah air, sudah cukup untuk menghilangkan ketagihan.Kelihatan dari tebing ,air sungai yang mengalir kadang-kadang deras, kadang-kadang lesu dan kelihatan kotor sekali akibat pelbagai aktiviti manusia seperti penyedutan pasir, pembalakan, perladangan dan pembersihan sungai yang kesemuanya menyumbang kepada kepupusan ikan dan habitat ikan.Hujung minggu ini amat diharapkan hujan akan turun lebat di sekitar Tapah dan........JELAWAT KITA!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan