Isnin, 2 November 2009
Sungai Kampar Ragut 3 Lagi Korban
Tidak sampai dua minggu setelah jambatan gantung runtuh dan 3 palajar yang sedang mengikuti Kem atau perkhemahan di Pusat Ko SK Kuala Dipang menjadi mangsa.Terbaru, sungai Kampar meragut tiga lagi nyawa menjadikan korban berjumlah 6 orang.Kejadian berpunca daripada arus deras akibat hujan lebat di hulu sungai. Ketika itu beberapa orang pelajar UTAR sedang melakukan aktiviti hujung minggu mereka.Malang tidak berbau.Puakajoran mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Rakan-rakan pemancing, terutama pemburu tengas dan kelah, musim air besar beginilah masanya untuk menjejak kelah atau tengas bersaiz mega yang mudik ke hulu sungai untuk melepaskan telur.Dalam keghairahan jangan lupa keselamatan diri. Hendaklah sentiasa berawas dan peka dengan persekitaran. Jangan terlalu hampir dengan kawasan-kawasan yang menjadi perangkap atau berisiko diterjah "kepala air". Antara kawasan berisiko sekitar sini ialah Lata Sungai Bill (Tg.Malim), Ulu Sungai Sungkai, Lata Bongsu (Sg. Kelah), Sg. Batang Padang(Tapah) dan Ulu sungai Kampar(Batu Berangkai).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan