Beberapa ekor puyu dan lundu yang berjaya dipancing. Sepat pula ditangkap menggunakan jaring.Kami hanya sempat di lokasi kira-kira 40 minit sebelum senja berlabuh. Sekadar mengimbau kenangan silam besama lubuk yang menjadi lokasi sara hidup kami sekeluarga, suatu ketika dulu.
Khamis, 24 Disember 2009
Kenangan Mengusik Jiwa
24.12.09. Mengambil kesempatan masa yang terluang untuk ke lokasi puyu sambil mengimbas nostalgia di zaman kanak-kanak. Lokasi terletak lebih kurang 1 Km dari rumah orang tua kami.
Merentasi sawah yang saya beli beberapa tahun lalu
Di tali air inilah lokasi menjoran kami
Boleh berkenderaan untuk ke lokasi dan kelihatan anak-anak Abu Afaf turut bersama.
Abu Afaf sedang beraksi

Hasil pancingan Abu Afaf.
Berlatarkan Gunung Semanggol.Persis gaya Tok Guru Hj. Hadi.
Gaya bloger Islampenyelesaian.blogspot.com
Mengambil kesempatan beraksi.
Anak-anak padi yang berusia sebulan.
Pemandangan sewaktu matahari hampir tenggelam.
Sungai yang terletak bersebelahan tempat kami mengail puyu. Satu ketika dulu sungai ini dipenuhi pohon rumbia,jejawi,hutan gegeli, mengkuang dan dilitupi keladi bunting serta bergambut.
Sungai ini juga dahulunya dihuni haruan,keli,sepat dan puyu. Kini sudah berkurangan dan saiznya tidak seberapa.
Kudin sedang beraksi dengan seekor puyu

Beberapa ekor puyu dan lundu yang berjaya dipancing. Sepat pula ditangkap menggunakan jaring.Kami hanya sempat di lokasi kira-kira 40 minit sebelum senja berlabuh. Sekadar mengimbau kenangan silam besama lubuk yang menjadi lokasi sara hidup kami sekeluarga, suatu ketika dulu.
Rasanya ingin ke sini lagi sebelum kami berangkat pulang ke tempat kerja masing-masing pada hari Ahad nanti.
Beberapa ekor puyu dan lundu yang berjaya dipancing. Sepat pula ditangkap menggunakan jaring.Kami hanya sempat di lokasi kira-kira 40 minit sebelum senja berlabuh. Sekadar mengimbau kenangan silam besama lubuk yang menjadi lokasi sara hidup kami sekeluarga, suatu ketika dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan