Jumaat 4 Desember,hari kedua menjaring di tali air. Jaring di rentang di awal pagi dan dibiarkan. Terus ke kedai kopi berjumpa rakan-rakan. Sejam kemudian, jaring di angkat.
Sepat yang terperangkap di jaring Halil (adik) sedang menanggalkan ikan dari jaring Ikan-ikan yang berjaya diperangkap Puyu,selat,sepat dan terbul 6 ekor puyu bersaiz mega. Menjoran "best" ni..... Setelah ikan ditanggalkan, jaring dibersihkan dan direntang semula di tempat yang berlainan, selepas solat Jumaat inilah hasilnya. Rezeki penduduk kampung adakalanya mudah dan murah. Di tempat tinggal saya (Slim River) puyu dan sepat dijual dengan harga RM 12 sekilogram. Rasanya pula tidaklah sesedap ikan yang hidup bebas di tali air
salam ziarah dari http://papa-kelah.blogspot.com
BalasPadamsyok juga menjaring ni.....
Itu la....geram sangat memancin x mau makan.Lagipun x sempat, sekejap sangat saya di kampung....
BalasPadam