Selasa, 22 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Saidi dan Norlia



Bertempat di Kampung Luar Bandar, Kampung Badri Hutan Melintang pada 20.12.09 baru-baru ini telah dilangsungkan majlis Walimatul Urus bagi pasangan Saidi dan Norlia yang merupakan sepupu saya. Pada hari itu dan seterusnya tidak dapatlah turun menjoran memandangkan jemputan kenduri yang bertali arus serta lain-lain hal.

Kepada pasangan pengantin, didoakan semoga jodoh berkekalan, dimurahkan rezeki sentiasa dan bahagia selalu. Terima kasih layanan mesra pengantin dan keluarga kepada rombongan kami. Masih terkenang keenakan masakan "sambal tahun" yang menjadi kegemaran saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan