Khamis, 25 Februari 2010

Sebarau Ulu Basir

Setelah gagal menewaskan belida di Ulu Basir beberapa hari yang lalu, sekali lagi trio Puakajoran Juragam Nizam, Pak Su dan Mat Proton melakukan misi ulangan ke Pot Belida. Hasilnya tetap sama,gagal menawan belida bersaiz mega. Walaubagaimanapun mereka tidak pulang kosong.

Mat Proton beraksi dengan sebarau Ulu Basir.

Menunggu belida menjamah umpan.


Sehingga senja menjelang, inilah satu-satunya belida yang sudi meragut umpan.
Hasil hari ini.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Puakajoran.blogspot.com mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.
'MEMANTAPKAN UKHWAH,MEMPERKASAKAN UMMAH'

Rabu, 24 Februari 2010

Adengan Panas di Ladang Sawit

Dalam perjalanan ke Pot Belida Ulu Basir, Pak Su @ Cepoi sempat merakamkan beberapa gambar "aksi berpanas" dua orang pekerja warga Indonesia sedang memancing di parit ladang sekitar ladang sawit Ulu Basir. Walaupun tangkapan mereka terdiri daripada ikan-ikan kecil, namun saya kira cukup untuk hidangan makan malam mereka pada malam itu.

Sumber : Pak Su @ Cepoi

Selasa, 23 Februari 2010

Anak Belida Ulu Basir

Hujung minggu lalu, Pak Su, Mat Proton dan Juragan Nizam sekali lagi mengunjungi sungai Ulu Basir setelah melakukan aksi menarik menewaskan patin 6.8 kg dan belida 2 kg pada minggu lalu. Misi kali ini agak mengecewakan kerana Sang Belida dapat melepaskan diri dengan melakukan aksi lompatan. Aksi lompatan tersebut gagal dirakamkan. Menurut Pak Su, belida menyentap pancing mereka sebanyak 6 kali.

Sedang bergerak menuju lokasi belida
Singgah sebentar mencari umpan belida (udang galah)
Pak Su @ Cepoi sedang mendaratkan anak belida.
Kira belida jugalah tu...
Kecundang...Itulah sahaja belida yang dapat didaratkan setelah ibu belida berjaya melepaskan diri dengan membuat aksi lompatan...

Isnin, 22 Februari 2010

Belida Ulu Basir

Aksi Nazri @ Mat Proton dengan Belida Ulu Basir. 2.5 Kg.Adik Tok Pawang beraksi dengan belida Ulu Basir. 3 kg.
Rakan Puaka Besout dengan belida Ulu Basir. 8 kg.

Selasa, 16 Februari 2010

Rekod Baru Patin Ulu Basir - 6.8 kg

Sebentar tadi saya menerima gambar patin dan belida yang berjaya didaratkan oleh Juragan Nizam Balun di Ulu Basir semalam. Satu gerakan solo yang menarik dan agak mencabar. Dengan pancing kecil yang digunakan untuk menjoran udang, tali Bakerly 10 lbs dan saiz mata pancing helang 10, beliau menewaskan patin seberat 6.8 kg dan belida 2 kg. Hampir satu jam masa yang diambil oleh Juragan Nizam sebelum berjaya menarik patin tersebut ke dalam bot. Saya terlepas aksi menarik kerana tidak berada di lokasi. Tahniah...rekod baru 6.8 kg patin Ulu Basir.















Sumber - Ikhsan En. Shaberi Blues Riders. blogspot.com

Santai Hujung Minggu

Hujung minggu, Pak Su @ Cepoi dan rakan-rakan Trolak menghabiskan cuti Tahun Baru Cina dengan bersantai bermandi manda dan menembak ikan di Sungai Trolak. Lihatlah aksi menarik mereka.








Gagal di Tuas Kelabau Alah Batu

Seharian di Tuas Kampung Alah Batu tidak memberikan apa-apa hasil. Kira-kira pukul 4.30 petang menerima panggilan daripada Juragan Nizam Balun menyatakan sedang bertarung dengan kelabau anggaran 6 kg di Sungai Ulu Basir. Terdengar mesin berbunyi menandakan aksi pertarungan memang menarik. Lima belas minit kemudian sekali lagi menerima panggilan, bukan kelabau tetapi patin. Lima belas minit kemudian "comfirm" dan sememangnya patin dan beliau telah berjaya menaikkan ke bot. Saya terlepas peluang merakamkan aksi pertarungan yang menarik.


Ahad, 14 Februari 2010

Gong Xi Fa Chai

Puakajoran.blogspot.com mengucapkan Gong Xi Fa Chai dan Selamat Tahun Baru kepada blogers dan rakan-rakan berbangsa Cina. Meriahkan cuti anda dengan aktiviti menjoran....

Oleh-oleh Tasik Banding

Sebentar tadi saya menerima kunjungan tetamu dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau ialah Cikgu Mohamad Arshad b. Mat Jelani, salah seorang rakan guru dan merupakan salah seorang yang terlibat dalam pemarkahan kertas Sains UPSR. Kebetulan beliau di sini, saya mengambil kesempatan menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab kertas Sains UPSR untuk pelajar SK Besout . Alhamdulillah.... sambutan menggalakkan. Beliau juga sudi memberikan beberapa gambar ketika melakukan Ekspidisi Tasik Banding beberapa minggu lalu.