Sebentar tadi saya menerima gambar patin dan belida yang berjaya didaratkan oleh Juragan Nizam Balun di Ulu Basir semalam. Satu gerakan solo yang menarik dan agak mencabar. Dengan pancing kecil yang digunakan untuk menjoran udang, tali Bakerly 10 lbs dan saiz mata pancing helang 10, beliau menewaskan patin seberat 6.8 kg dan belida 2 kg. Hampir satu jam masa yang diambil oleh Juragan Nizam sebelum berjaya menarik patin tersebut ke dalam bot. Saya terlepas aksi menarik kerana tidak berada di lokasi. Tahniah...rekod baru 6.8 kg patin Ulu Basir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan