Rabu, 10 Februari 2010

PUYU SAWAH PADI

Sepanjang parit dan tali air sekitar Gunung Semanggol kelihatan penduduk setempat bersantai sambil melakukan aktiviti memancing puyu. Aktiviti ini dirakamkan berhampiran kampung tempat tinggal saya di Sungai Kepar. Ketika itu air di bendang hampir kering lantaran padi yang sedang membunting.


Umpan udang juga digunakan.
Sebahagian puyu yang berjaya dipancing
Si Kecil turut beraksi.

Umpan cacing juga digunakan untuk memikat puyu
Suka hati Kudin dapat mendaratkan puyu kecil.







Sumber - Kudin

2 ulasan:

  1. Gunung Semanggul - lama saya tidak ke sini, Kampong Tua, Parit Tujuh, sampai Kubu Gajah antara tempat yang saya dah sampai lama dulu.

    Ikan puyu atau iwak betik,iwak betok - sama saja. Masak asam dengan sulur keladi (anak keladi telur yang menjalar), campur pulak dengan asam rom (buah perah jeruk)- payah nak cerita sedapnya.

    Idris Ismail Talu

    BalasPadam
  2. Alhambulillah... itulah tempat kelahiran saya 40 tahun lalu...sesekali jemputlah kembali berkunjung ke daerah kami dan rasailah nostalgia silam kita....

    BalasPadam