Seharian duduk di rumah agak membosankan. Hendak ke sungai air pula agak keruh lantaran hujan pada awal pagi atau mungkin disebabkan aktiviti melombong pasir sungai. Walaubagaimanapun saya sempat meninjau dan melontar umpan ke sungai Slim. Lebih kurang 3 jam berada di situ. Saya hanya mampu mendaratkan seekor lampam kecil dan seekor ikan rong.
Pulang ke rumah teringat pekasam toman pemberian Pn. Mazlina rakan setugas beberapa hari lalu. Menurutnya pekasam ini dibuatnya sendiri. Wah...sedapnya! Setanding pekasam Tasik Raban. Terlupa pula untuk menyalin teknik membuat pekasam daripada beliau. Terima kasih Pn. Mazlina....sudi-sudilah memperturunkan ilmu membuat pekasam nanti.
Sebelum digoreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan