Jumaat, 26 Mac 2010

Santai di Sungai Bill

Cuti sekolah yang lalu, Pak Su @ Cepoi mengambil kesempatan membawa anak buah dan anak-anaknya bermandi manda di lata Sungai Bill, sebuah lokasi perkelahan yang terletak tidak jauh dari Tanjung Malim.

Lokasi ini bukan sahaja terkenal sebagai tempat bermandi manda tetapi juga dihuni oleh spesis ikan yang sering juga menjadi buruan kaki pancing iaitu tengas. Cerita yang saya dengar ada juga kaki pancing yang berjaya mendaratkan tengas hampir-hampir 1 kg namun yang kerap saya lihat tengasnya bersaiz kecil dan dikenali dengan panggilan tengas daun.



Nazri @ Mat Proton mengambil kesempatan menjoran tengas.


Beginilah saiz tengas yang selalu diperolehi kaki pancing di sini.

Sumber: Pak Su @ Cepoi

2 ulasan:

  1. Salam

    Kg saya tu. Tengas spesis ikan liar. Tengas yg besar terdapat di lubuk yg dalam. Memang benar terdapat tengas yg berat 1Kg. Ia boleh juga ditangkap menggunakan jala diwaktu malam.

    BalasPadam
  2. menarik tu....sesekali kalau dapat yg skilo puas hati ye..

    BalasPadam