Dalam kesibukan tugas, saya hampir terlupa Rakan-rakan Puaka di Utara Negeri Perak. Mujurlah teknologi di hujung jari. Saya sempat juga menerima kiriman gambar dari saudara Halil, tanpa dinyatakan maklumat lengkap. Berdasarkan gambar, saya hanya dapat mengagak lokasi ini berhampiran Titi Bina, Padang Lalang. Sebenarnya lokasi tersebut berhampiran Pekan Bukit Merah iaitu tali air yang menghala ke Padang Lalang. Rakan pancing tersebut namanya Muhammad Faizal, di kalangan rakan-rakan dia dikenali dengan nama Mat Pun. Suku sakat Rakanpuaka Silverstone Kemunting, Taiping.Gambar dirakamkan pada 23.01.2010.
uish........area mana ek nih? dok pancing jugak toman tapi dalam tasik, pakai umpan anak keli... erm.. saudara Tokan, leh terangkan kat mana port nih?
BalasPadam